Guardiola Takut Dipecat Kerana Gagal Saingi Liverpool

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui yang beliau takut akan dipecat oleh pengurusan kelab seandainya tidak berjaya untuk menyaingi Liverpool – lapor Liverpool Echo.

Hal ini kerana, musim ini bukanlah yang terbaik buat Guardiola terutamanya dalam saingan Premier League.

Oleh itu, apa yang boleh menyelamatkan beliau adalah dengan memenangi gelaran UEFA Champions League (UCL) pada musim ini.

Manchester City sudah melaburkan sejumlah wang yang cukup besar dan jika tidak berjaya untuk merangkul gelaran Eropah, ianya pasti akan mengundang malapetaka kepada Guardiola.

“Saya terima ia (sasaran memenangi UCL), saya mahu memenagi gelaran Eropah. Itulah yang saya impikan dan akan nikmati ketika menentang Real Madrid.”

Guardiola akan bertemu Real Madrid, pasukan yang cukup beliau kenali ketika menjadi pengurus Barcelona di pusingan 16 pasukan terakhiir kelak.

Dan beliau cukup sedar cabaran yang menanti juara terbanyak gelaran Eropah itu.

“Dalam proses ini, pada dua minggu sebelum perlawanan, akan menjadi saat terindah dalam profesion saya apabila membayangkan akan mampu menewaskan mereka.”

“Jika tidak berjaya kalahkan Real Madrid, pengerusi kelab akan datang kepada saya, atau pengarah sukan dan katakan hasil kerja saya itu tidak mencukupi dan mereka mahukan gelaran Eropah. Mereka akan pecat kamu.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram