Guardiola: “Mustahil Bagi Manchester City Untuk Kejar Liverpool”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui ianya mustahil untuk pasukannya mengejar Liverpool dalam misi perebutan mahkota Premier League musim ini.

Walaupun masih bergelar juara bertahan, Guardiola mengakui sukar untuk pasukannya mengekalkan kejuaraan dikala Liverpool begitu konsisten dan Leicester City turut mempamerkan cabaran sengit.

“Saya rasa ianya adalah tidak realisitik untuk mengejar pasukan yang sudah memenangi 16 daripada 17 perlawanan liga. Tidak realisitik untuk masa sekarang.”

“Apabila saya pulang selepas kalah ianya merupakan satu bencana. Saya jadi gementar selepas menang kerana kami perlu mengejar Liverpool pula.”

Tugas Liverpool di Premier League bakal disambung dengan aksi bertemu Leicester City selepas memenangi Piala Dunia Kelab di Qatar.

Dan Guardiola mengharapkan sesuatu yang baik dari perlawanan itu. Jelas sekali, beliau berharap Leicester City mampu menewaskan Liverpool!

“Saya berharap Leicester City akan menampilkan aksi yang terbaik menentang Liverpool. Namun begitu, kami perlu fokus kepada perlawanan yang cukup sukar menentang Wolverhampton Wanderers.”

“Leicester City kini adalah pasukan yang lebih baik berbanding kami.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram