Guardiola: Mikel Arteta Mampu Kembalikan Kehebatan Arsenal

Mikel Arteta

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola optimis bekas pembantunya, Mikel Arteta mampu untuk menjelmakan sesuatu yang istimewa buat Arsenal sekiranya beliau mendapat sokongan penuh dari pengurusan tertinggi The Gunners.

Arteta kini menjadi ‘kesayangan’ peminat Arsenal selepas berjaya mengemudi kelab tersebut menewaskan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan awal pagi tadi menunjukkan jalan keluar buat Manchester City hasil kemenangan 2-0 pada aksi separuh akhir Piala FA.

Sehubungan dengan itu, Guardiola melihat Arteta memiliki kebolehan untuk mencipta sesuatu yang unik dalam usaha kembali menjadikan Arsenal sebagai pencabar hebat bagi merebut trofi EPL pada musim 2020/21.

”Saya menjangkakan satu perlawanan [pagi tadi] yang sukar, amat sukar,” ujar Guardiola menurut laporan dikeluarkan Sky Sports.

”Mereka [Arsenal] telah memiliki sesuatu yang istimewa, mereka mempunyai semangat juang cukup tinggi yang telah dicipta oleh Mikel [Arteta].”

‘”Saya melihatnya daripada cara mereka meraikan jaringan, bagaimana mereka bersaing hebat setiap kali untuk mendapatkan bola. Mereka sudah mula mencipta sesuatu yang istimewa buat kelab ini.”

”Kami melayani Arsenal sama seperti yang kami lakukan dengan pasukan lain. Arsenal merupakan salah sebuah kelab elit dalam bola sepak Inggeris buat 20, 30 tahun kebelakangan ini.”

”Saya cukup yakin [Arteta] adalah individu yang tepat untuk kembali meletakkan pasukan ini di kedudukan sebenar mereka. Apabila kelab memberikan sokongan penuh kepadanya, tiada orang lain yang lebih baik untuk melakukan tugasan ini selain daripada Mikel.”

”Saya mempunyai perasaan di mana dia akan menjelmakan sesuatu yang unik. Sekiranya dia mendapat sokongan kelab dengan pelaburan, mendapatkan pemain yang dia mahukan, mereka boleh menjadi pencabar utama liga pada musim hadapan.” tambah Guardiola lagi.

Kredit featured image: Dave Thompson/ Pool via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram