Guardiola: Masih Banyak Perkara Perlu Dipertingkatkan Oleh Phil Foden

Phil Foden

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola melihat masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pemain tengah, Phil Foden meskipun beliau sedang menikmati prestasi memberangsangkan pada ketika ini.

Serangan COVID-19 yang melanda kem Manchester City telah memberikan ruang buat Foden untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama pada tiga perlawanan terakhir The Cityzens.

Foden telah meledakkan tujuh jaringan dan mencipta lima bantuan jaringan dalam semua pertandingan yang disertai pada musim ini dan perkembangan terkini itu nyata menggembirakan kem Manchester City.

Kecemerlangan itu tidak hanya di peringkat domestik apabila beliau turut menyumbang dua gol ketika membantu skuad kebangsaan England menundukkan Iceland 2-0 pada aksi UEFA Nations League, November lalu.

Yang terbaharu, pemain berusia 20 tahun itu menghasilkan jaringan dari jarak jauh ketika membantu Manchester City menundukkan Birmingham City pada aksi pusingan ketiga Piala FA 2020/21 tempoh hari.

Namun, Guardiola yang memuji kualiti Foden melihat banyak ruang perlu dipertingkatkan oleh beliau dalam menjadikannya pemain lebih baik.

”Dia bermain seperti kebiasaan aksi yang dipamerkannya, dengan kualiti tinggi ditunjukkan dalam setiap aspek.”

”Dia masih memiliki jurang yang besar untuk meningkat kerana ia akan menjadi berita buruk buatnya sekiranya dia tidak boleh untuk meningkat pada usianya ketika ini.”

”Tetapi dari hari pertama saya melihatnya, saya begitu gembira terutamanya dengan tingkah lakunya,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Foden:

Guardiola: Phil Foden Tidak Akan Dijual Walaupun Dengan Nilai €500 Juta

Phil Foden: Saya Masih Belajar, Mahu Terus Tingkatkan Prestasi Di Manchester City

Phil Foden Pula Langgar Penjarakan Sosial, Kantoi Main Bola Tepi Pantai

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply