Guardiola Tidak Mahu Man City Selesa Selepas Layak Ke Pusingan Kalah Mati Champions League

“Jangan fikir terlalu selesa semata-mata dan cukup kerana sudah beraksi di Liga Juara-Juara”, demikian reaksi pengendali Manchester City, Pep Guardiola ketika mengulas mengenai perjalanan pasukannya dalam pertandingan eropah itu pada musim ini.

Manchester City terselamat daripada permulaan yang kurang baik sebelum bangkit menewaskan Hoffenheim 2-1, menerusi dua jaringan Leroy Sane.

Kemenangan tersebut meletakkan The Citizen muncul sebagai juara Kumpulan F selepas mengumpul 13 mata, diikuti Olympique Lyonnais di tempat kedua dengan 8 mata.

Mengakui gembira dengan keputusan tersebut, Pep bagaimanapun menggangap keputusan itu belum lagi menjamin Man. City untuk kekal selesa selepas ini.

Tidak mahu nasib seperti Inter 

Pep menegaskan bahawa dirinya tidak mahu City mengalami nasib yang sama seperti dihadapi oleh Inter Milan.

Inter Milan tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas diikat 1-1 ketika berdepan PSV Eindhoven di San Siro.

(Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

Skuad kendalian Luciano Spaletti pada awalnya berpeluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya namun segalanya berubah apabila pesaing Kumpulan B, Tottenham Hotspur turut mengutip satu mata ke atas Barcelona.

Jangan terlalu selesa

Situasi buruk yang menimpa Inter membuatkan Pep menyedari bahawa tiada satu pasukan pun yang boleh berada dalam keadaan selesa untuk bersaing di pentas Liga Juara-Juara.

Jika tidak, pasukan itu akan menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku pada Inter Milan.

Pasukan-pasukan besar telah tersingkir. Inter adalah pasukan yang luar biasa dan mereka kini berada di Liga Europa.”

(Photo by Rich Linley – CameraSport via Getty Images)

“Banyak pasukan yang hebat akan bermain di sana,” kata Guardiola pada dipetik dari Football Italia.

Tambahnya lagi, “Jika suatu hari anda tertidur, anda pasti akan berada di Liga Europa, sebab itulah saya merasa lega berada diperingkat 16  pasukan terbaik.”

Pusingan kalah mati

Kemenangan ke atas Hoffenheim mengesahkan Manchester City sebagai pemenang Kumpulan F- sekaligus mengelakkan juara Inggeris itu dari berhadapan lawan yang sukar.

Peraturan oleh UEFA juga tidak membenarkan kelab dari negara yang sama dari diundi menentang satu sama lain di pusingan 16 pasukan terbaik – sekaligus bermakna City tidak akan bertemu Manchester United, Liverpool dan juga Tottenham Hotspur di pusingan berikutnya.

(Photo by Rich Linley – CameraSport via Getty Images)

City selaku pasukan tunggal dari England yang tampil sebagai juara kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara pada musim ini berkemungkinan akan bertemu Atletico Madrid, Schalke, Ajax, atau pun AS Roma di pusingan berikutnya.

Undian untuk menentukan lawan di pusingan kalah mati akan diadakan pada 17 Disember, manakala pusingan kalah mati akan mula berlangsung pada Februari dan Mac.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN