Guardiola:”Nasib Bravo Dan Navas Ditentukan Akhir Musim, Mahu Kekal? Yakinkan Saya!”

Pep Guardiola ditanya tentang beberapa pemain beliau yang akan tamat kontrak dan buat masa ini, Manchester City dilihat agak sunyi dalam hal ini.

Guardiola juga ditanya tentang masa depan 2 pemain beliau iaitu Claudio Bravo dan Jesus Navas yang dilihat semakin goyah peranan mereka di City.

Jesus Navas bergelut untuk menjadi pemain kedua sekalipun. Manakala Claudio Bravo sudah beberapa kali disisihkan daripada pasukan utama.

Pep Guardiola berkata, masa depan 2 pemain ini akan ditentukan pada akhir musim ini.

Beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru untuk mereka dan berharap 2 pemain ini akan bangkit dan membuktikan mereka masih mahu menjadi pemain City.

Pep Guardiola dikenali dengan keterbukaan beliau dalam berbicara soal masa depan pemain.

Ini yang berlaku ketika beliau mengarahkan Yaya Toure mencari kelab baru pada awal musim ini. Namun Yaya Toure sudah membuktikan kesabaran beliau berbalas jua.

Toure terlibat dalam pasukan ini lebih kerap sejak beberapa bulan ini dan didaftarkan dalam pasukan yang menghadapi saingan kalah mati UCL.

Berkaitan dengan beberapa pemain yang bakal tamat kontrak, Guardiola turut bertenang dalam hal ini.

Beliau berkata:

“Kami dalam pertimbangan soal itu. Semuanya akan ditentukan akhir musim ini. Mereka harus mencuba untuk meyakinkan saya setiap hari.”

“Ada 5, 6 pemain yang kontrak mereka akan tamat, dan mereka faham dan maklum akan hal ini.”

“Sudah pasti ada risiko, sama ada pihak mereka dan pihak kami. Pada satu fasa mereka juga berhak untuk bercakap dan menandatangani kontrak dengan kelab lain. Kami harus menghormati hak mereka.”

“Pada pihak kami, kelab akan memutuskan soal kontrak lanjutan pada akhir musim ini.”

Apa yang dikatakan Guardiola adalah, kelab turut mengambil risiko untuk pemain yang bakal tamat kontrak kurang 6 bulan, mereka akan bebas mencari kelab baru.

Risikonya adalah, jika City turut berminat mahukan mereka, maka City perlu menghormati hak mereka.

Begitu juga sebaliknya. Jika pemain yakin untuk kekal di City, mereka mungkin tidak akan mencari kelab baru dalam masa tersebut.

Baca juga: Ronald De Boer: Mustahil Frank Berjaya Di Inter, Mereka Nak Falsafah Baru Tapi Tak Sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram