Guardiola Idam Mahu Jadi Pengurus Sepanyol Satu Hari Nanti

Dunia pengurusan bola sepak ini cukup berbeza mengikut situasinya.

Di peringkat kelab, anda perlu memberikan musim yang baik kepada kelab anda untuk seperti memenagi piala.

Di peringkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan, tugas memperbaiki ranking pasukan serta melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa secara merit adalah sasaranya.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola merupakan seorang pengurus yang cukup disegani dalam bola sepak.

Rekod beliau terbukti hebat apabila berjaya merangkul pelbagai kejuaraan ketika di Barcelona dan juga Bayern Munich. Kini, beliau dalam usaha untuk menguasai bola sepak Inggeris pula.

Ketika ditanya oleh pihak media di England, Guardiola ada membuat pengakuan yang beliau mahu ingin menguji diri beliau sebagai pengurus pasukan kebangsaan jika satu hari nanti.

Dan semestinya, beliau mahu menguruskan negara beliau sendiri iaitu Sepanyol.

“Jika diberi peluang, saya ingin menguruskan pasukan kebangsaan satu hari nanti. Saya berminat untuk menguruskan pasukan Sepanyol.”

Guardiola (kanan) ketika era beliau sebagai pemain Sepanyol.

Kata Guardiola, beliau mahukan pengalaman menguruskan pasukan yang beraksi di Piala Dunia dan juga kejohanan seperti EURO.

“Saya ingin merasai perasaan macam mana menguruskan pasukan yang beraksi di Piala Dunia dan kejohanan Eropah.”

“Walaupun saya bercakap begitu, ini bukanlah tanda saya akan tinggalkan Manchester City. Saya gembira di sini.”

Sumber:

  1. ESPN (2017): Manchester City boss Pep Guardiola wants to take charge of Spain one day; http://www.espnfc.com/spain/story/3217104/manchester-city-boss-pep-guardiola-wants-to-take-charge-of-spain-one-day

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN