Guangzhou Evergrande Kini Kelab Paling Mahal Di Dunia, Atasi Real Madrid Dan Manchester United

USD3.35 billion.

Itulah nilai pasaran bagi kelab gergasi China, Guangzhou Evergrande selepas menamatkan transaksi pertamanya pada hari Selasa lepas dalam China’s National Equities Exchange and Quotations (NEEQ) – sebuah bursa saham untuk China.

Nilai itu melepasi nilai pasaran Real Madrid iaitu USD3.26 billion dan Manchester United, USD2.35 billion.

Pada hari pertama saham kelab China itu didagangkan sejak tersenarai di NEEQ pada November 2015, nilai transaksi Evergrande bagi setiap syer yang didagangkan bernilai USD8.50.

OJ-AB348_THIRDB_P_20151019120531

Sebanyak 36,000 syer terjual, menghasilkan jualan saham sebanyak USD300,000.

Bermula pada harga ini, nilai pasaran Evergrande dianggarkan bernilai USD3.35 billion dengan jumlah syer sebanyak 396,730,000 unit.

Melebihi nilai pasaran Real Madrid dan Manchester United

Sebelum transaksi jualan saham Guangzhou Evergrande di bursa saham Cina kelmarin, Manchester United merupakan kelab bola sepak paling bernilai di pasaran saham.

Saham Manchester United didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) – sebuah bursa saham Amerika Syarikat.

Berdasarkan harga syer United yang ditutup pada harga USD14.31 pada Isnin lepas, nilai pasaran Manchester United adalah USD2.35 billion.

Jika kita mengambil kira nilai pasaran kelab yang tidak mengapungkan nilai syer kelab di pasaran saham, Real Madrid merupakan kelab kedua paling bernilai dengan nilai pasaran sebanyak USD3.26 billion (menurut senarai yang Forbes keluarkan).

Satu lagi kelab La Liga, FC Barcelona mempunyai nilai pasaran sebanyak USD3.16 billion.

Pendapatan Evergrande masih jauh ketinggalan

Tetapi jika dibandingkan dari segi pendapatan kelab, Evergrande masih jauh ketinggalan berbanding kelab-kelab gergasi Eropah.

Pendapatan purata Evergrande sepanjang 3 tahun lepas adalah USD61 juta, jauh ketinggalan berbanding pendapatan Manchester United yang mencecah USD400 juta dalam tempoh masa yang sama.

Latar belakang Guangzhou Evergrande

Evergrande telah memenangi 5 kejuaraan Chinese Super League secara berturut-turut sejak diambil alih oleh syarikat gergasi hartanah Evergrande Real Estate Group Ltd pada 2010. Selain itu, mereka juga telah memenangi 2 kejuaraan AFC Champions League.

Selain kejayaan kelab, populariti Evergrande juga disumbang oleh polisi pembelian pemain dan jurulatih yang mahal-mahal.

Baru-baru ini, Evergrande membayar €42 juta kepada Atletico Madrid untuk membawa masuk Jackson Martinez.

Evergrande turut menjadikan Martinez sebagai pemain yang mempunyaia gaji ke-5 paling mahal di dunia, selepas Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Zlatan Ibrahimovic dan Thomas Mueller.

Turut bermain untuk Evergrande pada ketika ini adalah trio Brazil: Alan Carvalho, Paulinho (gambar bawah) dan Ricardo Goulart.

Ketika ini Evergrande diurus oleh Luiz Felipe Scolari.

Baca juga: Guangzhou Evergrande Jual Penyerang Bintang Kepada Pesaing Liga Untuk ‘Kuatkan Bola Sepak China’

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN