Guardiola: ‘Real Madrid Kehilangan 50-60 Gol Jika Tak Gantikan Ronaldo’

Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata pasukan Real Madrid akan berhadapan dengan kesukaran dari segi jumlah gol.

Ini kerana mereka telah melepaskan pemain yang memberikan mereka 30 sehingga 40 gol semusim iaitu Cristiano Ronaldo.

Real Madrid memutuskan untuk menjual Cristiano Ronaldo dengan nilai €100 juta kepada Juventus.

Pep Guardiola berpendapat Real Madrid perlu untuk mencari segera pengganti Cristiano Ronaldo.

Guardiola berkata:

“Ada atau tiada Ronaldo, Real Madrid tetap pasukan yang hebat. Namun mereka kehilangan sumber 50-60 gol mereka”

Pep Guardiola mengambil kira jumlah gol dan ciptaan peluang yang dilakukan oleh Ronaldo dalam semusim bersama Real Madrid.

Real Madrid sebelum ini dikaitkan dengan beberapa nama termasuk Eden Hazard Kylian Mbappe dan juga Neymar untuk menggantikan kehilangan Cristiano Ronaldo.

“Madrid bermula sangat baik musim ini tetapi mereka kemudian berhadapan dengan sedikit kemelut prestasi.”

“Namun begitu saya percaya mereka akan tetap berusaha untuk berada di kedudukan terbaik.”

Pep Guardiola mengakui yang El clasico tanpa Ronaldo dan Messi tak akan sama serta kehilangan sedikit serinya.

“Peminat di Sepanyol bertuah kerana menikmati perlawanan bola sepak dengan ada 2 nama yang hebat iaitu Ronaldo dan Messi. Mereka berdua membantu menaikkan nama bola sepak Sepanyol.”

MADRID, SPAIN – DECEMBER 23: Cristiano Ronaldo of Real Madrid helps Lionel Messi of Barcelona during the La Liga match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on December 23, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

“Seperti biasa tiada pasukan pilihan dalam perlawanan el-clasico. Cuma kali ini Barcelona akan bermain di tempat sendiri, bagi saya itu adalah satu tekanan.”

Dalam el clasico pada kali ini perlawanan akan tanpa Messi dan Ronaldo.

Media di Sepanyol sudah meramalkan akan berlaku penurunan mendadak dari segi tontonan. Apa pula kata anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN