Antoine Griezmann : “Saya Mahu Jadi Sehebat Lionel Messi & Cristiano Ronaldo”

Ternyata pemain ini mempunyai semangat yang utuh.

Antoine Griezmann menjadi antara pemain yang cukup kuat diuji.

Mana tidaknya, pemain kebangsaan Perancis ini terpaksa menjadi naib juara dalam dua perlawanan akhir dalam masa 6 minggu sahaja!

Pertama apabila tewas kepada Real Madrid ketika mewakili Athletico Madrid dalam perlawanan akhir UEFA Champions League.

Dan selepas itu tewas kepada Portugal ketika mewakili Perancis dalam perlawanan akhir Piala Eropah 2016.

Tidak mahu menangis

Selepas tewas kepada Portugal di perlawanan akhir, Griezmann ke bilik persalinan untuk bertemu rakan sepasukannya.

Ditanya sama ada beliau menangis ataupun tidak, Griezmann berkata beliau sedikit pun tidak menitiskan air mata.

“Saya berasa sangat sedih tapi saya tidak menangis.”

“Saya beritahu kepada diri saya sendiri yang saya perlu berazam serta kuat ketika memujuk rakan-rakan yang sedih selepas tewas.”

“Saya ingin tunjukkan kepada semua orang karekter saya yang kuat, dan saya mampu menjadi seorang ketua yang baik.”

Namun begitu, Griezmann mengaku beliau perlu mengambil sedikit masa untuk pulih dari segala tekanan yang diberikan kepadanya pada musim lalu.

“Terlalu banyak emosi dan terlalu banyak tekanan, ia boleh buatkan kita menjadi terlalu letih.”

“Dua kali menyertai perlawanan akhir dan kami hampir mencapai sasaran kami. Mungkin belum masanya lagi untuk mendakap piala.”

Kekalahan di dua perlawanan akhir itu tidak sedikit pun mematahkan semangat Griezmann, malah mendorong beliau untuk lebih bersemangat memenangi piala di masa akan datang.

Mahu sebaris dengan Lionel Messi & Cristiano Ronaldo

Griezmann sudah bersedia untuk satu lagi musim bersama Athletico Madrid.

Dalam masa yang sama beliau berharap rakan sepasukannya juga akan turut bersama dengannya mengerah kudrat untuk menjadi pencabar utama saingan La Liga.

Musim lalu, mereka hampir untuk menggapai trofi kejuaraan liga.

Namun berbaki 5 perlawanan lagi, Athletico yang baru segar dari kemenangan menentang Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir UEFA Champions League tewas mengejut kepada Levante.

Dan sejak itu, Barcelona mula menjarakkan kedudukan dan kemudiannya menjadi juara liga.

Griezmann juga berazam ingin meletakkan dirinya sebaris dengan dua bintang terhebat dunia – Lionel Messi & Cristiano Ronaldo.

“Saya mahu makan di meja yang mereka duduk.”

“Saya mahu jadi seperti mereka, serapat yang mampu. Saya mahu memenangi piala dan menjadi antara yang terbaik.”

Apa yang dikejarkan oleh Griezmann itu semakin hampir. Musim lalu, beliau menjadi antara pemain yang beraksi cemerlang di seluruh Eropah.

Ini meletakkan beliau di senarai akhir Anugerah Pemain Terbaik Eropah bersama-sama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

maxresdefault (4)

Griezmann juga mempunyai misi penting – memenangi La Liga dan UEFA Champions League bersama Athletico.

“Saya mahu memenangi La Liga bersama Athletico, kami mempunyai kemahuan yang tinggi dalam memenanginya. Harap kami mampu bersaing lebih baik berbanding musim lepas.”

Beliau juga menjangkakan tidak akan ke kelab lain buat masa ini.

Puncanya kerana beliau dan keluarganya selesa berada di Madrid.

“Rakan sepasukan saya, jurulatih saya dan juga kehidupan luar padang saya membuatkan saya dan keluarga gembira disini.”

Walaupun beliau dan keluarganya sungguh selesa di Madrid, beliau pernah ditanya sama ada akan ke England satu hari nanti.

“Apa salahnya kalau bermain di Premier League? Jika kontrak saya bersama Athletico sudah tamat mungkin saya akan memikirkan langkah itu.”

Griezmann mungkin mengharungi tempoh yang penuh dengan kekecewaan pada musim lalu, tapi pemain bertubuh kecil ini mempunyai semangat dan jiwa yang besar untuk terus maju dan menjadi lebih baik di masa akan datang.

Semangat ini yang kita perlu ada dalam setiap pemain bola sepak.

Semoga Griezmann berjaya capai apa yang beliau impikan. Allez Griezmann!

160627-antoine-griezmann

Baca juga: Diego Simeone Berkeras Griezmann Lebih Layak Menang Ballon D’Or Berbanding Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN