Gremio Sedia Jual Everton Kepada Everton

Everton Soares Brazil

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton dilaporkan berminat untuk membawa masuk Everton Soares dari Gremio tetapi bukanlah dengan tanda harga £35 juta (RM188 juta) yang diminta oleh kelab Brazil itu.

Gremio kini dikatakan terdesak untuk menjual pemain bintang mereka itu kerana memerlukan wang untuk berdepan dengan impak kewangan yang melanda pasukan tersebut disebabkan krisis pandemik COVID-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Tetapi kebanyakan pemerhati bola sepak menjangkakan harga tersebut mungkin agak tinggi sekiranya impak kewangan semua pasukan diambil kira dan nilai yang sesuai adalah sekitar £25 juta (RM134 juta) sahaja.

https://twitter.com/SkySportsTCN/status/1250847136259825665?s=20

Nama Everton mula mendapat perhatian sewaktu beliau mempamerkan aksi cemerlang ketika mewakili Brazil semasa kejohanan Copa America pada musim panas tahun lepas.

Pemain 23 tahun itu setakat ini sudah pun mengumpul 14 kaps bersama skuad kebangsaan Brazil dan reputasinya itu telah membuatkan beberapa kelab besar di Eropah.

Everton juga sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh pengurus The Toffees, Carlo Ancelotti yang menyatakan minat untuk mendapatkannya untuk beraksi di England.

“Dia ada bertanya bagaimana khabar saya dan adakah saya berminat untuk bermain di kelabnya. Ia adalah kelab yang hebat dan mempunyai jurulatih yang cukup disegani. Sudah tentu saya boleh belajar banyak perkara daripadanya,” kata Everton.

“Saya juga ada hubungan yang baik dengan Richarlison [penyerang Everton], sudah tentu saya gembira jika dapat beraksi bersamanya. Selepas mengetahui Everton berminat untuk dapatkan saya, dia juga telah hubungi saya sebelum ini.

“Sudah menjadi impian saya untuk beraksi di Eropah, tetapi kini saya masih pemain Gremio dan saya akan memberikan aksi terbaik sehinggalah perlawanan terakhir saya di sini.”

Ancelotti semasa tempoh perpindahan bulan Januari mendedahkan beliau tidak merancang untuk membawa masuk pemain baharu di bahagian serangan kerana sudah pun berpuas hati dengan pilihan yang ada di kelab tersebut.

Selain dua rakan segenara Everton iaitu Richarlison dan Bernard, pasukan itu juga memiliki Moise Kean, Ouar Niasse, Alex Iwobi, Dominic Calvert-Lewin dan Theo Walcott.

Jadi adakah masih ada ruang untuk Everton akan menyertai Everton pada musim panas akan datang?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Everton:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN