Gol Penalti Korea Utara Punca Kita Kalah – Nelo Vingada

Jurulatih Skuad Kebangsaan, Nelo Vingada ternyata amat kecewa apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia di Stadium i-mobile malam tadi.

Beliau menyalahkan gol pertama Korea Utara, satu sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan ketua pasukan Fadhli Shas, sebagai salah satu punca kekalahan Harimau Malaya.

“Ketinggalan satu gol di awal permainan adalah tidak bagus kerana ia menggoyahkan keyakinan pemain dan ini dapat dilihat pada pemain,” katanya kepada media selepas perlawanan itu.

Azrif cuba mengawal bola daripada dirampas oleh pemain Korea Utara (Gambar : FAM)

Gawang Harimau Malaya bocor seawal minit ke-12 hasil sepakan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten, Fadhli Shas.

Skuad negara masih bergelut untuk menemui rentak selepas jentera tengah dilihat gagal membuat hantaran menari.

Mereka sekali dihukum apabila Kim Yu Song menanduk masuk bola sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-42 untuk meletakkan Korea Utara selesa mendahului 2-0 di separuh masa pertama.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, gawang Harimau Malaya yang dikawal Hafizul Hakim bocor lagi dan kali ini hasil rembatan jarak dekat Kim Yong Il.

Tidak cukup dengan itu, Korea Utara menambah derita Harimau Malaya selepas meledak gol keempat hasil sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-58.

Kemasukan Safawi Rasid pada 30 minit terakhir berjaya mengubah kedudukan selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meledak gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-67.

Kiko Insa cuba merampas bola daripada pemain Korea Utara (Gambar : FAM)

Vingada menyifatkan anak buahnya berada dalam keadaan tertekan apabila Korea Utara semakin berani mengasak selepas mendapat gol sulungnya dan meneruskan kesungguhan mereka menghasilkan gol kedua.

Vingada yang kekal optimis dengan kemampuan pemainnya berkata, keadaan menjadi lebih sukar apabila Korea Utara mendapat gol ketiga dua minit selepas rehat, membuatkan usaha skuad negara mendapatkan kembali rentak permainan menjadi sukar.

“Keadaan menjadi lebih sukar selepas gol ketiga,” katanya yang menganggap kekuatan fizikal pemain Korea Utara juga terserlah apabila mereka menguasai kebanyakan bola tinggi.

Sementara itu, Jurulatih Korea Utara Jorn Andersen berkata keputusan malam ini membuktikan pasukan yang lebih baik menang dengan pemain beliau menguasai segenap aspek perlawanan sepanjang 90 minit itu.

“Sudah tentu adalah bagus untuk jadi yang pertama mendapat gol, tetapi kami menguasai keseluruhan permainan dan membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik di sepanjang perlawanan,” katanya.

Korea Utara kini menghuni tangga ketiga Kumpulan B dan berkongsi lima mata dengan Hong Kong yang berada di kedudukan kedua.

Malah, Korea Utara berpeluang untuk memintas Hong Kong sekiranya dapat meneruskan rentak kemenangan ke atas Harimau Malaya yang semakin hilang arah selepas kekalahan malam tadi.

Setakat ini peluang Malaysia ke Piala Asia masih ada tetapi mereka sudah boleh lupakan Piala Asia jika skuad Harimau Malaya tewas sekali lagi kepada Korea Utara pada perlawanan kedua hari isnin ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN