Gol ‘Hand of God’ Maradona Sebenarnya Dicipta Di Itali, Diulangi Oleh Shukor Adan

Shukor Adan KL City Hand Of God

Perlawanan Liga Super di antara UiTM FC dan Kuala Lumpur City FC pada Sabtu sedang menjadi topik hangat selepas pemain veteren Shukor Adan dipercayai menjaringkan gol menggunakan tangannya.

Jaringan itu persis gol ‘Hand of God’ yang pernah dilakukan oleh legenda bola sepak dunia Diego Maradona ketika membantu Argentina menewaskan England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986.

Gol tersebut mengecewakan UiTM FC yang terlebih dahulu di depan menerusi pemain import baharu dari Korea Selatan, Kwon Yong-hyun pada minit ke-83.

Shukor Adan yang masuk sebagai pemain gantian mengikat kedudukan 1-1 pada masa kecederaan untuk memastikan KL City mencuri satu mata di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tindakan pemain berusia 41 tahun itu menaikkan tangannya ketika membuat lompatan gagal dikesan oleh pengadil perlawanan Shahrizan Solihim dan pembantunya.

England mangsa Maradona

Legenda bola sepak Brazil, Zico mendedahkan gol jaringan Diego Maradona yang digelar ‘Hand of God’ sebenarnya terlebih dahulu dijaringkan di Itali dalam perlawanan peringkat kelab, sebelum diulangi oleh pemain legenda Argentina itu di Piala Dunia 1986 menentang England.

Bekas pemain pasukan kebangsaan Argentina itu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman, meninggal dunia di kediamannya di Buenos Aires akibat serangan jantung pada November tahun lalu.

Manakala bekas pemain skuad England pada 1986 pula mengenang kembali pertemuan hebat menentang La Albiceleste di Stadium Azteca, Mexico City.

Peter Shilton, Gary Lineker dan Glenn Hoddle adalah antara mereka yang gagal menyekat Maradona untuk menjadi inspirasi kemenangan 2-1 Argentina di suku akhir ke atas Three Lions.

Gol pertama Maradona dianggap sebagai jaringan paling kontroversi dalam sejarah bola sepak apabila beliau menumbuk bola dengan tangganya untuk menewaskan Shilton.

Ia diikuti oleh jaringan hasil larian solo dari tempat sendiri yang digelar ‘Goal of the Century’.

Mimpi ngeri Zico

Zico mendedahkan dua tahun sebelum jaringan tersebut dilakukan, Maradona terlebih dahulu terlepas hukuman kerana menjaringkan gol dalam perlawanan untuk Napoli menentang Udinese.

Zico pula mengakhiri perlawanan denga layangan kad merah selepas secara sarkastik bertepuk tangan kepada pengadil kerana membenarkan gol tersebut.

“Ia adalah pada 1984, dan saya baru menyertai Udinese. Saya tidal beraksi di Naples dan ketika itu dia [Maradona] menjaringkan dua gol,” kata Zico kepada Gazzetta Dello Sport.

“Pada ketika itu kami sedang mendahului 2-1, tetapi Diego menyamakan kedudukan. Perlawanan hampir tamat pada ketika itu dan apabila bola terkena tiang, Diego menewaskan penjaga gol kami dengan tangannya.

“Pengadil dan pembantunya tidak melihat apa yang berlaku. Saya sangat marah. Saya berlari ke arah pengadil dan berkata: “Tahniahlah, teruskan begini. Anda semua cemerlang sekalu.”

“Saya kemudiannya dilayangkan kad merah dan digantung empat perlawanan.

“Saya selalu bergurau dengan beliau mengenai gol tersebut. Saya selalu berkata: “Anda berlatih ‘Hand of God’ menggunakan kami”.

“Beliau menjawab: “Anda adalah bahagian bola sepak yang baik. Saya adalah yang jahat.”

Ditanya di manakah Maradona sebagai pemain terbaik dunia pada pandangan beliau, Zico menjawab: “Maradona adalah salah seorang daripada lima pemain terbaik pernah saya saksikan: Garrincha, Pele, Diego, Cruyff, dan Beckenbauer.”

 

Baca artikel menarik lain mengenai Maradona melalui pautan:

Batistuta Percaya Pencapaian Messi Tidak Akan Setaraf Kehebatan Maradona

Pele vs Maradona: Legenda Manakah Yang Terhebat Di Antara Keduanya?

VIDEO: Analisis Ringkas Bagaimana Diego Maradona Atasi Perangkap Ofsaid

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply