GK Belanda Jasper Cillessen Tandatangan Kontrak Baru Dengan Ajax

Jasper Cillessen baru sahaja tandatangan kontrak lanjutan selama 2 tahun dengan AFC Ajax.Kontrak lanjutan ini bakal menyaksikan beliau menyarung jersi Ajax sehingga Jun 2018.

12-3-2014 7-40-20 AM
Sumber: Twitter

 

Pemain yang lahir pada 22 April 1989 dengan ketinggian 187 cm ini mula dikenali di peringkat global selepas menjadi GK utama Belanda pada edisi Piala Dunia 2014.

Dibeli oleh Ajax dari NEC Nijmegen pada musim 2011 dengan nilai perpindahan sekitar 3 juta pounds.Mendapat call-up pertama beliau semasa era Bert van Marwijk sebagai pengurus pasukan Belanda pada Mei 2011.

Cap pertama beliau ialah semasa Belanda di bawah kendalian Louis van Gaal pada 7 Jun 2013 menentang Indonesia.Semasa artikel ini ditulis, Cillessen sudah memiliki 20 cap bersama Belanda.

“Saya bangga dapat menyambung kontrak lanjutan bersama Ajax selepas 3 tahun setengah berada di sini.Musim lepas merupakan musim yang terbaik saya, ia menunjukkan yang keadaan boleh berubah sekelip mata dalam hidup,” kata beliau di website Ajax.

 

Tahukah anda sebab utama Louis van Gaal menukar Cillessen dengan Tim Krul semasa aksi suku akhir Piala Dunia 2014 Belanda menentang Costa Rica?

Holland-v-Costa-Rica
kredit : mirror.co.uk

 

Gambar di bawah ini mungkin dapat menjawab perosalan anda.

_76164639_cillessen
kredit: bbc.co.uk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN