Giroud Hampir Pasti Sertai Inter Milan, Lampard Puji Profesionalisme Pemain Itu

Olivier Giroud kini menghampiri perpindahan ke Serie A dengan menyertai Inter Milan.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Giroud dan Inter Milan sudah mencapai persetujuan. Dan kini mereka dalam proses untuk menanti pelepasan daripada Chelsea.

Giroud dibenarkan untuk terbang ke Itali bagi membicangkan masa depan beliau dengan Inter Milan.

Menurut Fabrizio Romano, Inter yakin Giroud akan diumumkan sebagai pemain baharu mereka dengan kontrak setahun setengah sehingga 2022.

Inter juga dijangka akan membayar sekita £8.5 juta secara keseluruhan seperti yang diminat oleh Cheslea.

Giroud memang sudah menyatakan beliau mahu keluar dari Chelsea. Namun beliau berjaya dipujuk untuk terus kekal memandangkan Chelsea ketika itu baru sahaja dikenakan penggantungan daripada membeli pemain.

Sejak kehadiran Lampard, Giroud terus gagal menjadi no.9 utama di dalam pasukan Chelsea. Malah penyerang muda Tammy Abraham adalah penyerang pilihan utama Lampard pada ketika ini.

Giroud juga kerap menjadi pemain pilihan ketiga di belakang Michy Batshuayi.

Musim ini, Giroud hanya bermain 191 minit aksi liga. ‘

Lampard tidak berselindung menyatakan Giroud dalam proses mencari kelab baharu. Namun selagi-lagi tiada perpindahan rasmi dilakukan maka, Giroud akan sentiasa menjadi pemain penting Chelsea, katanya.

Lampard sangat menghormati profesionalisme yang ada pada Giroud.

Antonio Conte jelas sekali mahu menjadikan Giroud sebagai ‘back-up’ kepada Romelu Lukaku. Beliau merupakan pemain target man yang sangat bahaya ketika situasi hantaran lintang.

Inter Milan dalam landasan persaingan kejuaraan Serie A ketika ini. Mereka mahu menambahkan lagi kualiti skuad untuk memastikan mereka akan kekal dalam persaingan dan seterusnya cuba menjuarai Serie A – menamatkan monopoli Juventus.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram