Giovani Lo Celso: Kami Perlukan Masa Untuk Sesuaikan Diri Dengan Idea Baharu Mourinho

Tottenham

Pemain Tottenham Hotspur kelahiran Argentina, Giovani Lo Celso mengakui bahawa kelab tersebut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan idea baharu yang cuba ditampilkan pengendali baharu, Jose Mourinho.

Seperti yang telah diketahui, Mauricio Pochettino yang mula membimbing Tottenham pada 27 Mei 2014 telah dipecat pada 19 November lalu sekaligus menyaksikan beliau menamatkan perkhidmatan bersama kelab London tersebut tanpa sebarang piala berjaya diraih.

Penggantinya, Jose Mourinho pula kini sedang menikmati permulaan baik selepas menang kedua-dua perlawanan awal dibawah ‘pemerintahannya’ iaitu ketika bertemu West Ham United dan Olympiakos.

”Kami tahu bahawa ia memerlukan masa apabila anda memiliki barisan kejurulatihan baharu, seorang ketua jurulatih baharu.”

Kredit Foto: SpursOfficial

”Ia akan mengambil masa buat pasukan untuk menyerap segala idea baharu – kami tahu mereka [barisan kejurulatihan] membawa cara bekerja, kaedah dan idea baharu.”

”Perkara utama pada ketika ini adalah bermula dengan kemenangan awal dan ia memberikan keyakinan, tidak hanya kepada pemain tetapi juga kepada staff kejurulatihan dan pengurus.”

”Saya merasakan ia memang akan mengambil masa terhadap idea dan taktik baharu tetapi saya fikir kami bermula dengan baik dan itu merupakan perkara yang positif.”

Cabaran getir bagaimanapun bakal menanti Jose Mourinho dan Giovani Lo Celso apabila Tottenham Hotspur bakal melayani kunjungan Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris, 11.00 malam esok.

Kredit foto: Catherine Ivill/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN