Giggs Tembak Ibrahimovic Yang Mahukan United Keluar Daripada Pengaruh Ferguson & ‘Class Of 92’

Ryan Giggs memberikan maklum balas pedas kepada Zlatan Ibrahimovic. Ini selepas bekas kapten Sweden itu menganggap pengaruh Sir Alex Ferguson dan ‘Class of 92’ telah mengganggu perkembangan Man. United pada hari ini.

Ibrahimovic berpendapat, Manchester United seharusnya bergerak terus ke hadapan dan mencari identiti sendiri selepas era Sir Alex Ferguson.

Zlatan turut menyatakan salah satu sebab pemain seperti Pogba bergelut dengan prestasi adalah kerana bekas-bekas anak didik Sir Alex seperti Neville dan Scholes yang suka mengkritik pemain tersebut.

Ibrahimovic tidak gemar dengan alumni Class of 92 yang suka menggunakan tradisi Sir Alex Ferguson dalam hujah mereka untuk mengkritik pemain dan pengurus.

Ibrahimovic menganggap pengaruh Sir Alex Ferguson adalah langkah ke belakang oleh Manchester United dan menjadi beban kepada kelab.

Bahkan pada hari ini, interim Manchester United – Ole Gunnar Solskjaer sentiasa menyebut nama Alex Ferguson dan menjemput pengurus legenda itu ke padang latihan, bilik persalinan dan di beberapa acara lain.

Ibrahimovic menganggap tindakan itu adalah pendekatan yang salah. Bercakap kepada Mirror, Ibrahimovic berkata: “Kesemua yang berlaku pada hari ini di United akan dihakimi dengan ‘pada era Ferguson’.”

“Mereka suka berkata: ‘Jika Ferguson masih ada di sini, perkara ini tak akan berlaku, Ferguson akan buat seperti itu. Ferguson akan buat seperti ini.’ Segalanya atas nama Ferguson.”

“Jika itu adalah saya, saya tidak mahu ‘Ferguson’ lagi. Dan saya datang ke sini untuk mencipta sejarah saya sendiri. Saya mahu mengukir cerita saya sendiri.”

“Jadi, saya tidak mahu mendengar pasal apa yang berlaku dahulu. Saya mahukan apa yang berlaku sekarang. Kamu datang ke sini dengan mentaliti baru.”

“Ferguson sudah ada tempat di dalam sejarah kelab. Dan kini pasukan ini harus terus bergerak ke hadapan. Kelab ini harus mencari identiti mereka sendiri dan ianya memang sukar.”

Ryan Giggs menyelar kenyataan Ibrahimovic dan menyatakan, sebagai sebuah kumpulan pemain yang bermain lebih 2,000 perlawanan – ‘Class of 92’ berhak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.

Giggs berkata: “Hanya Nicky [Butt] yang ada hubungan dengan kelab sekarang. Namun apabila di antara kamu sudah bermain lebih 2,000 untuk kelab ini, kami berhak untuk menyuarakan pandangan.”

“Kami adalah penyokong. Itu yang diperlukan dalam bola sepak, iaitu dengan adanya pandangan-pandangan berbeza. Namun nampak gayanya, Ibrahimovic tahu lebih banyak tentang kelab ini berbanding kami.”

Giggs dan bekas rakan sepasukan dalam era Class of 92 – Neville, Scholes, Butt, David Beckham dan Phil Neville – secara tepatnya beraksi lebih 3,400 perlawanan untuk Manchester United – ataupun 3,450 minit – secara tepatnya.

Mereka adalah kumpulan pemain yang paling berjaya dalam sejarah Manchester United.

Ibrahimovic pula bermain 53 perlawanan. Beliau ditandatangani Jose Mourinho pada 2016 dan berhijrah ke LA Galaxy pada 2018.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram