Gianluigi Buffon: Selamat Tinggal PSG, Terima Kasih Di Atas Segalanya

Gianluigi Buffon sah tidak akan menyambung kontrak di PSG. Ini bermakna beliau akan menjadi ejen bebas apabila kontrak beliau tamat.

Buffon menyatakan beliau ada menerima tawaran baharu daripada PSG, namun Buffon menolaknya kerana mahukan cabaran baharu di dalam kariernya. Buffon menyertai PSG musim lalu secara percuma – dengan kontrak setahun.

Penjaga gol berusian 41 tahun itu bermain dalam 25 penampilan untuk PSG musim 2018/19. Buffon membantu PSG mengekalkan kejuaraan Ligue 1. Namun terlepas gelaran UCL dan Coupe De France.

Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, PSG menyatakan: “Selepas perbincangan di antara PSG dan Gianluigi Buffon, persetujuan bersama dicapai bahawa penjaga gol legenda tidak akan memperbaharui kontrak beliau yang akan berahir pada 30 Jun 2019 ini.”

Buffon pula menyatakan: “PSG ada menawarkan kontrak baharu, namun saya rasa tidak mahu menerimanya kerana saya sudah bersedia untuk merasai pengalaman baharu dan juga cabaran profesional yang baharu.”

“Terima kasih di atas semua yang saya terima dan juga peluang untuk merasai pengalaman di Paris. Terima kasih di atas emosi yang kita kongsi bersama.”

“12 bulan lalu, saya tiba di Paris Saint-Germain dengan penuh semangat dan diberikan sambutan hangat oleh penyokong. Saya sangat terharu. Terima kasih sekali lagi, tulus dari lubuk hati saya.”

“Saya gembira untuk meninggalkan kelab ini dengan menikmati pengalaman yang sememangnya membantu saya membangun.”

“Hari ini, perjalanan saya di luar Itali telah berakhir. Terima kasih kepada tuan Pengerusi, Nasser Al-Khelaifi, dan seluruh kelan serta rakan sepasuka. Saya ucapkan yang terbaik untuk kami, yakinlah bahawa kamu akan bersama-sama menulis helaian baharu – cerita yang indah.”

“Ernest Hemingway pernah menulis bahawa hanya ada 2 tempat di dunia ini yang membuatkan kamu hidup bahagian. Pertamanya di rumah dan seterusnya di Paris.”

“Selepas hari ini, saya akan menganggap Paris akan selamanya menjadi rumah saya. Allez Paris. Terima kasih dan semoga berjaya untuk segalanya.”

Pemergian Gianluigi Buffon ini akan membuatkan PSG mencari penjaga gol yang baharu. Siapakah yang akan menyertai PSG?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN