Gianluigi Buffon Lengkapkan Perpindahan Ke Paris Saint-Germain

Buffon

Desas-desus yang mengatakan legenda Itali, Gianluigi Buffon bakal ke Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya terjawab apabila penjaga gol berusia 40 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab juara Ligue 1 tersebut.

Buffon dilaporkan mengikat kontrak selama setahun berserta kontrak tambahan kontrak selama 12 bulan.

Keadaan yang bakal menyaksikan beliau akan beraksi sehingga usianya menjangkau 42 tahun.

Mengulas mengenai penghijrahannya ke Paris, Buffon mengatakan bahawa beliau bersedia untuk membuka lembaran baru dalam karier bola sepaknya setelah 17 tahun jatuh bangun di Juventus.

”Ia satu perasaan gembira yang sangat hebat kerana dapat menyertai Paris Saint-Germain.”

”Buat pertama kali dalam karier saya, saya terpaksa meninggalkan tanah air dan hanya satu projek yang bercita-cita tinggi ini boleh mendorong saya untuk membuat keputusan.”

”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kelab dan Presiden di atas keyakinan terhadap saya.”

”Untuk mengikuti perkembangan hebat dan peningkatan kelab sejak beberapa tahun, saya tahu apakah impian Paris Saint-Germain dan penyokong mereka tanamkan di dalam hati mereka.”

”Saya mahu mencurahkan seluruh tenaga, pengalaman saya dan sifat dahagakan kemenangan untuk membantu kelab baru saya mengecapi okjektif hebat yang telah ditetapkan pada masa hadapan.”

”Dengan rakan sepasukan dan peminat, kami berkongsi emosi yang hebat di Parc des Princes dan di semua yang berada dalam stadium di mana kami akan mewakili Paris, sebuah bandar yang menakjubkan dan berhak untuk melihat kelab ini berada pada tahap tertinggi bola sepak antarabangsa.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram