Gianfranco Zola Kembali Ke Stamford Bridge, Dilantik Sebagai Pembantu Maurizio Sarri

Zola

Gianfranco Zola kembali ke Stamford Bridge selepas 15 tahun meninggalkan Chelsea apabila beliau kini telah diumumkan sebagai pembantu kepada Maurizio Sarri.

Selepas 15 tahun meninggalkan The Blues, khidmat Zola ditagih Sarri untuk membantunya dalam mencipta lebih banyak kejayaan buat Chelsea pada musim 2018/19 nanti.

Bercakap kepada laman web rasmi kelab, Zola ternyata gembira dan teruja dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat bersama Chelsea.

”Bagi saya, ini merupakan satu perkara yang hebat. Saya sangat bersedia untuk bekerja keras kerana ia akan menjadi cabaran yang begitu sukar.”

”Tetapi saya gembira untuk berada di sini dan bekerja keras dengan Maurizio (Sarri) bagi mencipta kejayaan.”

”Ia bakal menjadi sesuatu yang hebat untuk berjaya bersama Maurizi dan buat kelab ini. Saya akan memberikan yang terbaik, sebagaimana saya lakukan pada masa lalu sebagai pemain.”

”Saya sangat memandang kehadapan terhadap cabaran ini secara amnya. Saya gemar untuk bermula dengan baik dan kami sangat gembira untuk memulakan pengembaraan ini.”

Zola kini sudah menyertai pasukan bagi menghadapi latihan pra-musim di Perth, Australia.

Sebelum ini, beliau pernah membimbing tiga kelab di England iaitu West Ham United, Watford dan Birmingham City. Bagaimanapun nasib tidak begitu menyebelahi dirinya untuk lebih menyinar sebagai pengurus pasukan.

Gianfranco Zola meletakkan namanya sebagai legenda kelab London tersebut setelah mencipta 80 jaringan dalam 312 penampilan bersama Chelsea.

Beliau turut menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir European Cup Winners’ Cup 1998 bertemu Stuttgart di Stockholm.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram