Gerrard Sifatkan Mo Salah Lebih Hebat Daripada Drogba Dan Mahrez

Steven Gerrard bertanggapan bahawa penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah adalah pemain terbaik daripada benua Afrika yang pernah beraksi di kancah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah melalui prestasi yang menakjubkan pada musim pertama beliau bersama Liverpool dan telah menjaringkan 32 gol setakat ini dalam semua pertandingan.

Jumlah jaringan tersebut meletakkan Salah hanya 4 gol di belakang rekod Robbie Fowler sebagai penjaring terbanyak di dalam tempoh semusim untuk kelab Merseyside itu.

Dengan baki perlawanan yang ada pada musim ini, Salah berada di landasan terbaik untuk memecahkan rekod tersebut. Lebih daripada itu, jika Liverpool mampu mengekalkan pemain antarabangsa Mesir ini untuk musim-musim akan mendatang, maka kejuaraan dan trofi bukanlah perkara yang mustahil bagi Liverpool.

Namun untuk mengatakan Salah adalah pemain terbaik Afrika yang pernah beraksi di EPL, ia mungkin masih terlalu awal untuk berbuat demikian; mengambil kira deretan nama lain yang pernah hadir sejak saingan ini diperkenalkan pada 1992.

Tetapi itulah pendapat bekas kapten dan legenda Liverpool, Steven Gerrard ketika diajukan solan sedemikian oleh pihak BT Sport.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Ketika ditanya sama ada Salah boleh dianggap sebagai pemain terbaik Afrika yang pernah beraksi di EPL, Gerrard menjawab:

“Itu adalah solan yang sukar. Ya. Mungkin.”

“Saya berpendapat anda harus menunggu bagaimana musim ini akan berakhir. Jika Salah terus menjaringkan gol dan mencipta rekod baharu, maka anda harus bersetuju dengan kenyataan tersebut.”

Dakwaan tersebut bagaimanapun seolah-olah menafikan kehebatan adik beradik Toure, Kolo dan Yaya, Nwankwo Kanu, Michael Essien, Yakubu, Jay Jay Okocha, Emmanuel Adebayor, Tony Yeboah, George Weah dan sudah tentu pemain dari Afrika yang hampir menjuarai semua kejuaraan bersama Chelsea, Didier Drogba.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Malah jika kejuaraan dijadikan perbandingan, Riyad Mahrez sepatutnya berada di tahap yang lebih baik daripada Salah buat masa ini selepas membantu Leicester City menjuarai kejuaraan liga, dan dipilih sebagai pemain terbaik PFA dan pemain terbaik pilihan penyokong dua musim yang lalu.

(Photo by Alex Livesey – UEFA/UEFA via Getty Images)

Salah berada di landasan tepat untuk berada bersama dengan legenda-legenda Afrika yang pernah mewarnai kancah bola sepak Inggeris.

Jika pemain ini mampu mengekalkan prestasi diri untuk musim-musim seterusnya, maka kita tidak perlu menunggu lama untuk Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika sepanjang zaman yang pernah mewarnai saingan EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN