Gattuso Kembali Ke San Siro Sebagai Jurulatih Skuad Belia, Milan Primavera

Siapa tidak kenal dengan Gennaro Gattuso? Watak yang terkenal dengan jiwa kental di dalam padang dan permainan keras.

Pada sidang media pertama beliau di AC Milan sebentar tadi beliau sudah membidas wartawan yang menganggap keputusan beliau kembali ke AC Milan sebagai ketua jurulatih skuad belia Milan satu langkah ke belakang.

Gattuso berkata:

“Keputusan untuk meninggalkan jawatan pengurus (Pisa) dan menjadi ketua jurulatih pasukan belia AC Milan bukan satu langkah ke belakang!”

“Bagi saya inilah keputusan yang tepat dan (saya ulangi), ia bukan langkah ke belakang.”

AC Milan yang baru sahaja diserahkan pemilikan kepada billonaire dari China sedang sibuk melabur untuk penstrukturan semula kelab ini dari pengurusan, kejurulatihan dan pemain.

Gatusso kembali semula ke Milan Primavera yang merupakan tempat beliau membangun sebagai seorang pemain. Daripada pemain remaja sehinggalah menjadi pemain juara dunia.

Gattuso sebelum ini menguruskan pasukan Pisa. Sebelum itu, beliau meletak jawatan di Pisa kerana masalah di tepi padang. Namun Pisa berjaya memujuk beliau kembali.

Pisa baru sahaja tersingkir dari Serie B selepas hanya semusim beraksi di peringkat ke-2 tertinggi dalam piramid liga Itali.

Pisa berhadapan dengan kesukaran kerana dipotong 4 mata gara-gara tidak membayar cukai dan kegagalan melunaskan beberapa bayaran sosial yang lain.

Gattuso melepaskan jawatan selepas menerima tawaran AC Milan. Beliau berkata:

“Saya kembali ke kelab yang hebat dan saya mahu menjadi sebahagian daripada individu yang membantu kelab ini menjadi pasukan digeruni sekali lagi seperti dahulu.”

“Saya ada rasa yang istimewa dan seperti berada di rumah sendiri sekali lagi. Saya mahu membantu pemain muda di sini menjadi lebih baik.”

“Saya akan memastikan diri saya sentiasa berhubung dengan pasukan utama sepanjang masa agar pasukan kami ada 1 identiti permainan yang sama setiap masa.”

Gatusso juga pernah menguruskan FC Sion pada 2013. Pada 2014, beliau menjadi pengurus OFI Crete di Greece.

Namun Gattuso melepaskan jawatan selepas beberapa kali bertengkar dengan pengurusan yang kerap gagal membayar gaji pemain. Gattuso pernah berkata kepada media tentang OFI Crete:

“Nak bagi pemain makan pun kelab ini bergelut, apatah lagi nak bersaing dalam liga. Maka tak hairanlah kami sedang bergelut.”

Beliau melepaskan jawatan selepas 6 bulan di kelab tersebut selepas satu sidang media beliau menghentkan-hentak meja sambil berkata:

“Para pemain patut main dengan ‘telur’ walaupun ada masalah.”

Gattuso mengakui pengalaman-pengalaman itu membuatkan beliau lebih kuat secara mentaliti untuk menjadi jurulatih.

Tahniah di atas kepulangan anda Gennaro Gattuso.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN