Gattuso Kagum Kemampuan Piatek Terus Cetak Gol Untuk Milan

Krzysztof Piatek adalah manusia yang dilahirkan untuk mencetak gol – kata pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso.

Piatek terus membuktikan kemampuannya bersama AC Milan apabila meledak dua jaringan membantu kebangkitan pasukannya bangkit menewaskan Atalanta 3-1. Kemenangan tersebut mengekalkan mereka di landasan memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Bintang muda Poland ini ditandatangani dari Genoa pada jendela perpindahan Januari lalu menerusi bayaran berjumlah €35 juta (RM161 juta).

Dilahirkan untuk ‘gol’ 

Menurut Gattuso, beliau kagum dengan perkembangan yang dilalui Piatek bersama pasukannya ketika ini.

BERGAMO, ITALY – FEBRUARY 16: Krzysztof Piatek of AC Milan celebrates his second goal during the Serie A match between Atalanta BC and AC Milan at Stadio Atleti Azzurri d’Italia on February 16, 2019 in Bergamo, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Selepas tujuh atau lapan bulan di [Serie A], semua orang sudah biasa dengan gol itu [Piatek],” kata Gatusso.

“Piatek adalah pemain yang hidup untuk mencetak gol. Dia melakukan pergerakan dengan sangat baik, dan dia memiliki kemampuan teknik yang luar biasa.”

“Kami amat gembira apabila berjaya memiliki dia,” sambungnya.

Satu pasukan

Dua gol yang dihasilkan Piatek untuk menewaskan Atalanta 3-1 di Stadium Atleti Azzurri d’Italia, pada hujung minggu lalu menjadikan beliau sebagai pemain pertama yang berjaya menghasilkan jaringan dalam tiga perlawanan terawal selaku pemain dalam kesebelasan utama AC Milan.

BERGAMO, ITALY – FEBRUARY 16: Krzysztof Piatek of AC Milan celebrates his second goal during the Serie A match between Atalanta BC and AC Milan at Stadio Atleti Azzurri d’Italia on February 16, 2019 in Bergamo, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Setakat ini, Piatek telah berjaya menghasilkan 17 gol di Serie A untuk musim ini, dan 6 daripadanya dihasilkan selepas menyertai AC Milan.

Bagaimanapun Gattuso enggan para penyokong menumpukan sepenuhnya kepada usaha individu untuk mencapai keputusan yang baik, sebaliknya menekankan ia sebagai hasil kerjasama seluruh anggota pasukan.

“Secara umumnya, saya tidak mahu mendengar orang bercakap tentang individu, Sebaliknya menekankan hasil kerja dari satu kumpulan pemain atau pasukan.”

“Keputusan tersebut membantu kami, mereka [pemain] telah membawa semangat. Kita perlu terus seperti ini dan bekerja dengan rasa tenang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN