Gary Neville: “Saya Seperti Diseksa Oleh Diego Simeone”

Gary Neville mungkin hanya ada satu sahaja pengalaman sebagai pengurus bola sepak sepanjang hidupnya, tetapi ianya jelas cukup menyeksakan dirinya.

Satu-satunya pengalaman beliau adalah bersama kelab La Liga, Valencia. Pemilihan beliau itu dilihat sebagai kontroversi kerana dirinya tidak mempunyai pengalaman menjadi pengurus pada ketika itu.

Dan boleh dikatakan, ianya satu pengalaman yang cukup azab buat Neville selama empat bulan di sana.

Memetik kisahnya dari laman Sky Sports, Neville menceritakan bagaimana beliau begitu kerdil dalam dunia pengurusan bola sepak apabila menentang pengurus-pengurus handalan La Liga.

Paling teruk, apabila beliau berasakan seperti diseksa oleh pengendali Atletico Madrid – Diego Simeone.

“Menentang Atletico Madrid, saya rasakan seperti Diego Simeone mencekik saya. Hampir keseluruhan perlawanan saya diseksa oleh beliau.”

“Selepas perlawanan, saya hendak pergi bersalam dengannya. Tetapi beliau tidak mengendahkannya, saya anggap itu tidak sopan.”

Selain daripada Simeone, Neville juga turut merasakan azab apabila menentang Ernesto Valverde sewaktu beliau menguruskan Athletic Bilbao.

“Saya rasa seperti dijadikan seperti anak patung oleh Ernesto Valverde, ibaratnya macam sebuah boneka.”

“Sepanjang perlawanan beliau menukar sistem pasukannya sebanyak tiga kali, segala seksa itu saya rasakan sewaktu berada di tepi padang. Itulah rasanya menjadi pengurus yang tidak berpengalaman.”

Neville mengakui beliau pernah ditawarkan untuk menjadi pengurus di Premier League dan EFL Championship tetapi memilih untuk berkelana ke Sepanyol.

Baca juga artikel kami mengenai Gary Neville:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply