Gary Neville Percaya Bintang Muda Leicester Ini Boleh Ganti Paul Pogba

Laporan media menyatakan bahawa Paul Pogba yang mempunyai kontrak di Manchester United sehingga Jun 2021 mahu meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Oleh itu, bekas kapten United, Gary Neville mencadangkan nama pemain tengah Leicester City iaitu Youri Tielemans sebagai pengganti – jika kelab itu kehilangan khidmat Pogba.

Menurut Neville, Tielemans adalah individu yang sesuai untuk menggantikan tempat Pogba dan United perlu segera besaing merebut khidmat pemain yang sedang meningkat naik itu.

Tielemans menyertai Leicester City secara pinjaman daripada kelab Perancis, As Monaco pada Januari lalu sehingga tamat saingan musim ini.

Sejak mewakili The Foxes, Tielemans telah tampil dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berjaya menjaringkan 3 gol serta melakukan 5 bantuan gol.

Sebagai pemain muda, Tielemans dilabel sebagai salah seorang bintang meningkat naik di Eropah. Neville meramalkan yang Tielemans mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia satu hari nanti

“Dia berusia 21 tahun, dan dia boleh dibeli sekitar £40 juta. Dia juga telah membuktikan kemampuannya di Liga Perdana Inggeris, dan saya fikir bermain di Leicester adalah permulaan yang baik baginya.”

Dalam pada itu, Neville yakin Leicester akan berdepan masalah untuk mengekalkan Tielemans.

“Saya rasa mereka[Leicester] akan mengalami kesulitan untuk mengekalkan Tielemans melangkaui musim ini,” kata Neville kepada Skysports.

“Leicester mesti sedar bahawa ada enam pasukan besar memerlukan khidmat pemain baru untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka. Leicester akan berdepan kesukaran untuk mempertahankannya apabila kelab seperti ini [Manchester United] mahukan khidmatnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN