Gary Neville: Juan Mata Masih Merupakan Pemain Berkualiti Tinggi Buat Manchester United

Legenda Manchester United, Gary Neville menegaskan bahawa Juan Mata masih memainkan peranan yang penting buat United berikutan dua jaringan yang dihasilkan beliau pada perlawanan bertemu Leicester City pagi semalam.

Juan Mata ketika ini kelihatan begitu bergelut untuk menjadi pilihan Jose Mourinho bagi disenaraikan sebagai kesebelasan utama pasukan walaupun Manchester United mengalami kekurangan kreativiti pada masa-masa tertentu.

Pemain antarabangsa Sepanyol tersebut bagaimanapun diturunkan sebagai kesebelasan utama oleh pengendali dari Portugal itu dan beliau membalas kepercayaan yang diberikan dengan sumbangan berkesan apabila meledakkan dua jaringan di Stadium King Power.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu berjaya mencipta jaringan penyamaan pada minit ke-40, kemudiannya menambah jaringan kedua untuk mendahului Leicester City menerusi sepakan percuma cantik.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya kembali menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Juan Mata
LEICESTER, ENGLAND – DECEMBER 23: Juan Mata of Manchester United scores his team’s second goal during the Premier League match between Leicester City and Manchester United at The King Power Stadium on December 23, 2017 in Leicester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Dengan dua jaringan tersebut, Juan Mata telah menjaringan tiga gol dan juga mencatatkan tiga bantuan jaringan dalam 12 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama dan tiga kali dimasukkan sebagai pemain gantian musim ini.

Berikutan itu, Gary Neville merasakan bahawa Juan Mata masih memainkan peranan yang penting buat United dan merupakan pemain yang berkualiti tinggi buat Red Devils.

”Beliau sangat tenang di seluruh kawasan padang terutamanya di hadapan pintu gol lawan,” jelas Neville kepada Sky Sports. ”Dia mempunyai kualiti yang tinggi buat pasukan.”

”Dia mempunyai permainan yang bagus. Dia merupakan pengaruh yang besar buat pasukan dan telah menghasilkan dua gol, ianya merupakan penyudah yang sangat bagus.”

Juan Mata meninggalkan Chelsea untuk beraksi di Manchester United pada Januari 2014 dengan nilai  £37.1 juta.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN