Gary Neville Jangka Thomas Tuchel Tak Akan Lama Di Chelsea

Thomas Tuchel

Selepas keputusan keras yang dilakukan oleh Chelsea dengan memecat Frank Lampard, mereka kini semaki hampir dengan pengumuman pengurus baharu.

Thomas Tuchel dilihat sebagai individu yang bakal menggantikan Lampard untuk membawa Chelsea ke tahap yang lebih mantap musim ini.

Walaupun Tuchel dilihat begitu berpotentsi untuk memberikan kejayaan kepada Chelsea, akan tetapi Gary Neville memberikan amaran yang pengurus tersebut mungkin tidak lama berada di Stamford Bridge.

Bercakap kepada Sky Sports, pemecatan Lampard mendedahkan model pengurusan Chelsea yang tidak boleh menerima sebarang keputusan buruk. Oleh itu, Neville memberikan amaran kepada Tuchel yang hidupnya tidak akan mudah di London.

“Frank Lampard bukanlah mangsa kepada prestasi buruknya sebagai pengurus, beliau cuma mangsa kepada model pengurusan Chelsea yang gemar melepaskan pengurus selepas 12 hingga 18 bulan apabila sesuatu berlaku tidak seperti yang tidak mereka mahukan.”

“Tuchel akan terdedah dengan bahaya yang sama Lampard hadapi, kita akan menjangkakan yang beliau akan dibuang kerja selepas 12 hingga 18 bulan. Saya yakin akan itu.”

Kata Neville, itulah cara Chelsea bergerak sebagai sebuah pasukan. Sedikit keputusan buruk dan pengurus tersebut akan dihukum.

Hal ini kerana, kelab itu jelas sekali mahu menetapkan standard yang tinggi untuk menjadi antara yang terbaik.

Lampard meninggalkan Chelsea dengan kelab itu berada ditangga ke-9 dengan hanya mengutip 29 mata daripada 19 perlawanan.

Baca juga artikel kami mengenai Thomas Tuchel:

Thomas Tuchel Dipilih Demi Menerapkan ‘DNA Jerman’ Di Chelsea (semuanyabola.com)

Thomas Tuchel: Kecemerlangan Manuel Neuer Pada ‘Waktu Yang Salah’ (semuanyabola.com)

Thomas Tuchel: Semua Orang Mahukan Khidmat Neymar & Kylian Mbappe (semuanyabola.com)

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply