Gareth Southgate: Daripada Jurulatih Pembangunan Kini Pengurus Harapan England

Gareth Southgate memiliki 57 caps untuk England ketika masih bergelar pemain.

Di peringkat kelab, pemain pertahanan ini telah melakukan lebih dari 500 penampilan untuk Crystal Palace, Aston Villa dan Middlesbrough.

Kemudian Southgate memilih bidang pengurusan dan kejurulatihan selepas bersara sebagai pemain. Apa istimewanya Southgate sehingga FA England sanggup menawarkan kontrak sehingga 2022?

Karier kejurulatihan

Perlawanan terakhir Southgate ialah perlawanan akhir Piala UEFA 2006, ketika mewakili Middlesbrough. Mereka tewas 4-0 kepada Sevilla dalam perlawanan tersebut.

Southgate memutuskan untuk bersara sebagai pemain profesional selepas itu walaupun memiliki kontrak sehingga 2007.

Middlesbrough captain Gareth Southgate recieves his runners up medal from UEFA President Lennart Johansson and Lars-Christer Olsson (Photo by John Walton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Beliau tidak meninggalkan Middlesbrough. Tetapi memilih untuk menjadi pengganti Steve Mc’Claren yang dilantik sebagai pengurus England pada tahun yang sama.

Kita ikuti perkembangan karier kejurulatihan Soutgate.

Pengurus pertama yang dikekalkan selepas kejohanan antarabangsa

Sebelum 2018, tidak ada banyak perkara yang penyokong England boleh banggakan terhadap pencapaian pasukan mereka di peringkat antarabangsa.

Piala Dunia di Rusia pada musim panas lalu mengubah segalanya. England layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1996 dalam kejohanan utama antarabangsa.

Sebelum itu, semuanya seperti tidak pernah kena buat skuad England. Begitu juga dengan deretan nama yang pernah bergelar pengurus England di dalam tempoh itu.

Southgate perkara terbaik untuk England?

Daripada nama-nama seperti Bobby Robson, Terry Venables, diikuti Graham Taylor, Glenn Hoddle dan pengurus asing seperti Sven-Goran Eriksson atau Fabio Capello, tidak ada yang mampu memberi keyakinan kepada masa depan skuad The Three Lions.

Perkara sama juga terjadi kepada pengurus berpengalaman Steve McClaren, Sam Allardyce dan Roy Hodgson. Gareth Southgate mengambil alih skuad utama England pada 2016, selepas era Allardyce yang cuma bertahan selepas satu perlawanan antarabangsa.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 01: Gareth Southgate poses in front of the tunnel as he is unveiled as the new England manager at Wembley Stadium on December 1, 2016 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Pengurus muda itu terus diberi kepercayaan untuk mengemudi England ke Rusia 2018.

Dan buat pertama kalinya, pengurus England dikekalkan selepas satu-satu kejohanan. Menariknya, Southgate dilihat sebagai penyelamat dan jawapan kepada masa depan bola sepak England.

Belum ada sebarang kejuaraan yang boleh dibanggakan setakat ini. Namun England boleh pasti mereka telah mengambil langkah pertama yang tepat ketika melantik Southgate.

Pengurus moden dengan legasi

Ketika Southgate tiba sekitar September 2018, rata-rata penyokong England skeptikal dengan pilihan The FA. Pemilihan Southgate pada ketika itu diandaikan seperti menjadi ‘Pak Turut’ kepada FA, dan pilihan selamat selepas Allardyce dipecat.

Manusia berubah, begitu juga pandangan terhadap Southgate. Tidak ada pengurus yang mampu berkomunikasi dengan pemain seperti apa yang dilakukan Southgate.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Dan ini berkemungkinan besar kerana Southgate adalah pengurus pertama yang merupakan bekas pemain dari era Premier League (EPL). Itu bermaksud Southgate tahu tuntutan seorang pemain bola sepak di era moden.

Dalam erti kata lain, beliau lebih mengenali keperluan pemain berbanding Hodgson, Capello, atau pun Allardyce.

Dari segi taktikal, masih ada banyak ruang penambahbaikkan yang boleh ditampilkan oleh skuad England di bawah Southgate. Menariknya, pengurus muda ini jelas bagaimana beliau mahukan pasukan kendaliannya beraksi.

SAMARA, RUSSIA – JULY 07: Gareth Southgate, Manager of England celebrates following victory during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Sweden and England at Samara Arena on July 7, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Alex Morton/Getty Images)

Sebagai contoh ketika di Piala Dunia yang lalu, Southgate menyandarkan sistem 3-5-1-1 yang mementingkan aspek fluidity, dan membina serangan dari bawah menggunakan kepantasan untuk menghukum pertahanan lawan.

Formasi ini pertama kali digunakan dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis kira-kira dua tahun yang lalu. Berbanding pengurus sebelum beliau yang gemar melakukan eksperimen dengan menukar taktikal dan gandingan pemain yang bersesuaian, Southgate jelas apa yang beliau mahukan dari pasukannya.

. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Senarai pemain yang dibawa ke Rusia, dan juga senarai pemain muda yang semakin mendapat perhatian di dalam kem The Three Lions adalah indikasi jelas kepada andaian tersebut.

Kontrak baharu yang dimeterai baru-baru ini bermakna Southgate mempunyai lebih banyak masa menerapkan usaha yang beliau inginkan di dalam skuad England.

Pengalaman di peringkat pembangunan

Salah satu perkara yang diberi penekanan oleh Southgate ialah usia pemain di dalam skuad utama England. Beliau mahukan pemain muda, bertenaga, dan mudah untuk menerima arahan daripada beliau.

Ruben Loftus-Cheek, Joe Gomez, Jordan Pickford dan Trent Alexander-Arnold, semuanya mendapat peluang bersama skuad utama England di era Southgate.

OLOMOUC, CZECH REPUBLIC – JUNE 20: Head Of Performance Services, Dave Reddin speaks to England U21 manager Gareth Southgate and FA Director of Elite Development Dan Ashworth during the England U21 training session and press conference on June 20, 2015 in Olomouc, Czech Republic. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Senarai skuad England baru-baru ini turut menyaksikan nama-nama seperti Mason Mount, Jadon Sancho, James Maddison dan Nathaniel Chalobah yang belum pernah beraksi di peringkat antarabangsa.

Bagaimana Southgate mampu mengandalkan pasukannya kepada deretan pemain muda? Berikut adalah penjelasan logik dan mudah.

Pada tahun 2011 dan 2012, Southgate dilantik sebagai ketua pembangunan skuad elit England.


Peranan utama unit pembangunan skuad elit England ini ialah menentukan DNA bola sepak yang mahu dipamerkan di peringkat antarabangsa, sebelum kerja-kerja pemantauan terhadap bakat dari akademi-akademi di seluruh negara dilakukan.

Seterusnya pada 2013 sehingga 2016, Southgate diberikan peranan untuk membimbing skuad B-21 kebangsaan.

Adakah skuad muda kendalian Southgate mencatatkan kejayaan pada ketika itu? Jawapannya tidak. Pada kejohanan Euro 2015 B-21, England kendalian Southgate disingkirkan di peringkat kumpulan.

England’s manager Gareth Southgate directs his team (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Bezanya Southgate dengan pengurus lain yang pernah mengendalikan England ialah beliau mempunyai pengalaman untuk membangunkan pemain muda dari peringkat pembangunan, manakala yang lain tidak.

Pasukan remaja England kini mulai menampakkan hasil sejak Southgate mengetuai projek elit pada 2011. Tahun lalu, skuad B-20 dan B-17 menjadi juara dunia.

Maka tidak hairanlah sekiranya Southgate akan menggunakan kelompok pemain kedua-dua skuad tersebut untuk mencabar gergasi-gergasi dunia yang lain di Piala Dunia 2022 nanti.

Populariti di kalangan penyokong

Apabila berjaya, kita disanjung. Apabila gagal, kita dicerca. Itulah realiti di dalam bola sepak yang harus kita terima.

Southgate belum lagi menjuarai mana-mana pertandingan antarabangsa bersama England, tetapi pencapaian beliau yang berjaya memacu skuad The Three Lions ke separuh akhir sudah memadai untuk penyokong buat masa ini.

Atau apakah perkara lain yang menyebabkan penyokong senang dengan Southgate?

Perkara terutama ialah kesungguhan dan komitmen yang ditampilkan oleh Southgate. Selain daripada membenarkan prestasi di atas padang untuk berbicara bagi pihak beliau, pengurus berusia 48 tahun ini tenang menjawab setiap soalan dan tindakan beliau kepada media.

Dalam erti kala lain, beliau berkongsi pendapat (insight) beliau mengenai skuad England kepada penyokong.

Setiap kali senarai pemain untuk menyertai pasukan England dikeluarkan, Southgate akan tampil sendiri melalui sidang media. Justifikasi pemilihan dijelaskan dengan terang, untuk mematikan sebarang spekulasi.


Dalam erti kata lain, ia adalah pengurusan persepsi yang bagus daripada Southgate. Ia kaedah yang cukup profesional, teratur sekaligus menyenangkan penyokong.

Sebab kedua, mungkinkah fesyen Southgate yang gemar memakai ‘Waiscoat Wednesday’ ketika Piala Dunia turut menjadi tarikan penyokong?

Rumusan

Banyak yang kita boleh pelajari daripada Gareth Southgate dan England.

Malaysia bukan England. Itu fakta. Tahap bola sepak kita juga masih jauh. Tetapi tidak salah untuk kita belajar dan mengambil iktibar dari apa sahaja yang positif.

Bolehkah jurulatih pembangunan menjadi ketua jurulatih atau pengurus pasukan yang berjaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN