Gareth Bale Tinggalkan Real Madrid Secara Pinjaman Idea Mengarut

Gareth Bale meninggalkan Real Madrid secara pinjaman dibidas oleh ejen pemain itu, Jonathan Barnett. Malah beliau menganggap idea untuk menjadikan salah seorang pemain terbaik dunia meninggalkan Real Madrid secara pinjaman sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Ianya bukan perkara asing Gareth Bale dikaitkan dengan perpindahan dari Santiago Bernabeu, dan pada Januari ini, dengan Tottenham Hotspur dan Manchester United dikatakan berminat.

Pemain antarabangsa Wales itu masih mempunyai baki kontrak bersama Los Blancos sehingga 2022, dan kini tellah menjaringkan dua gol dari sembilan penampilan di La Liga.

“Apakah keperluan salah seorang pemain terbaik dunia pergi dengan status pinjaman,” persoal Barnett.

“Buat masa ini, [Bale] akan bermain bola sepak untuk Real Madrid dan beliau masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun setengah.

“Beliau gembira di sana [Santiaga Bernabeu] dan beliau akan memenangi beberapa kejuaraan bersama Real Madrid.”

Komen daripada ejen Bale ini tiba selepas syarikat perjudian menggantung segala aktiviti berkaitan pemain itu akan kembali menyertai Tottenham pada jendela perpindahan Januari ini.

Spekulasi hubungan diantara Bale dan pengurus pasukan, Zinedine Zidane yang sentiasa tegang tidak pernah padam daripada Bernabeu.

“Ada perkara boleh berubah, tetapi [Bale] pergi secara pinjaman adalah mengarut. Tidak banyak kelab di luar sana mampu untuk mendapatkan Bale juga,” tambah beliau lagi.

Dalam perlawanan Copa del Rey pada awal pagi tadi, Bale turut mencetakkan namanya di dalam senarai penjaring untuk memberikan Real Madrid gol pendahulan dalam perlawanan menentang Unionstas.

Pada musim panas lalu, pemain berusia 30 tahun itu pada mulanya dicanang akan menyertai kelab Liga Super China, Jiangsu Suning dengan tawaran kontrak selama tiga tahun.

Namun ia tidak menjadi kenyataan selepas ianya dibatalkan oleh Real Madrid pada saat-saat akhir.

Laporan juga menyebut Bale akan menerima £1 juta seminggu daripada perjanjian tersebut.

Bale menyertai Real dari Tottenham pada 2013 dengan nilai perpindahan rekod dunia £85 juta.

Sejak berhijrah ke Real Madrid, Bale telah menjuarai satu kejuaraan La Liga, empat kejuaraan Champions League, tiga UEFA Super Cup dan tiga kejuaraan kelab dunia.

Masalah kecederaan turut menghantui pemain tersebut sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN