Gareth Bale Tak Laku, Tiada Kelab Mahukan Beliau

Gareth Bale

Pemain Real Madrid, Gareth Bale sering kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab tersebut sejak dari waktu Cristiano Ronaldo bermain di sana hinggalah kini menyertai Juventus.

Namun begitu, ianya kelihatan pemain tersebut bakal meneruskan waktunya di Sepanyol bersama kelab tersebut.

Menurut laporan MARCA, Bale dijangka akan terus kekal di Real Madrid selepas tiada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk musim baharu 2020/2021.

Beliau yang berada di bawah prestasi sebenarnya mempunyai masa yang cukup sukar dalam usaha untuk terus menjadi pemain yang dianggap bintang di Real Madrid.

Dengan penyebaran wabak Covid-19, ianya turut mengecilkan peluang untuk Bale memilih untuk hidup di tempat lain selain Madrid dengan sebelum ini beliau sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Premier League.

Tottenham Hotspur dan juga Manchester United adalah dua pasukan yang sering dikaitkan potensi untuk mendapatkan Bale dari Real Madrid.

Kini dengan potensi Newcastle United bakal memperoleh pemilik baharu, Bale dikaitkan dengan potensi untuk kembali ke Premier League dengan menyarung jersi belang hitam putih pasukan tersebut.

Ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan sekiranya Bale cuba untuk meninggalkan Real Madrid walaupun tiada tawaran yang diterima oleh kelab tersebut untuk beliau memandangkan pemain itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Zinedine Zidane.

Adakah Bale akan kekal, atau di hari mendatang akan ada pasukan lain muncul melamar beliau? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel kami mengenai Gareth Bale:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN