Gareth Bale Perlu Pilih Terus Dibekukan Atau Kembali Ke Spurs

Gareth Bale Real Madrid Jose Mourinho

Situasi Gareth Bale di Real Madrid memangkin pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho untuk menerbangkannya semula ke saingan Premier League.

Dikatakan, beliau mahu mengembalikan prestasi terbaik Bale – yang beku di bangku simpanan, yang juga dikhabarkan sebelum ini pernah cuba dipancing untuk menyertai Manchester United ketika aksi pra-musim kedua-dua kelab di USA pada 2017.

Mahu guna modus operandi yang sama?

Mourinho membawa masuk penjaga gol, Joe Hart daripada Burnley. Mengejutkan kerana bekas penjaga gol nombor satu England itu dikatakan hanya mahu aksi kerap tetapi menyertai pasukan yang telah memiliki dua penjaga gol berkaliber.

Hart meninggalkan The Clarets akibat hanya menjadi pilihan kedua dibelakang Nick Pope tetapi mungkin Mourinho ada memberikan satu keyakinan buatnya untuk akhirnya membuat keputusan untuk bersama Spurs bagi saingan musim depan.

Adakah modus operandi yang sama akan digunakan Mourinho bagi memancing Bale ke Tottenham? Sebagaimana diketahui, Bale melalui masa sukar di Real Madrid ketika ini apabila kerap tersisih sehingga beliau lebih suka berada di bangku simpanan.

Bakal memasuki ke usia 32 tahun, Bale sudah tentu mahukan aksi yang lebih kerap berbanding apa yang dilalui di La Liga musim ini. Rajuknya dikatakan berpunca daripada hubungan dingin dengan pengendali, Zinedine Zidane sejak 2019 lagi.

Terus beku atau pilih Tottenham

Adakah Mourinho mampu memberikannya penampilan yang lebih banyak? Mourinho memang diketahui meminati Bale, namun usahanya untuk membawa pemain itu menyertai Red Devils sebelum ini menemui jalan buntu. Beliau mahu cuba lagi.

Pernah beraksi cemerlang di Tottenham daripada musim 2007 hingga 2013, Bale sudah tentu tiada masalah untuk menyesuaikan dirinya. Namun, dengan nilai perpindahan yang dimahukan Real Madrid sekitar £86 juta, mampukah Spurs?

Menurut laporan ElEspanyol, Bale hanya diberikan dua pilihan iaitu samaada mahu terus dibekukan di Los Blancos atau memilih berhijrah ke Tottenham musim depan.

Di Real Madrid, Zidane sudah memiliki pilihan pemain-pemain yang mampu mengatasinya untuk berada dalam kesebelasan utama seperti Asensio yang baru kembali daripada kecederaan, Vinicius atau Rodrygo. Jadi, mahu terus disisihkan?

Penutup

Adakah Gareth Bale dan isterinya, Emma Rhys-Jones sanggup tinggalkan kehidupan mewah di Madrid? Dikatakan beliau berkeras mahu kekal disebabkan perkara itu.

Kini, antara Bale mahu meneruskan kariernya dalam bola sepak atau memilih golf, Kota Madrid atau Kota London? Dan tentunya, Real Madrid atau Tottenham?

KREDIT FEATURED IMAGE: PA

Baca lagi artikel Gareth Bale dan Tottenham:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN