Gareth Bale Gembira Penyokong Real Madrid Kembali Menyorak Namanya

Apa perasaan apabila anda menerima pujian dan sokongan dari penyokong anda sendiri?

Pastinya anda gembira bukan?

Begitulah perasaan yang dialami oleh Gareth Bale ketika ini selepas beliau berjaya membantu Real Madrid menewaskan Deportivo La Coruna baru-baru ini.

Real Madrid menang dengan jaringan besar 7-1 dengan Bale turut menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Bale rasa cukup gembira apabila beliau kemudiannya mendengar penyokong Real Madrid mula menyorak nama beliau selepas aksi cemerlang yang ditunjukkan.

Hal ini kerana, beliau sering diberikan sorakan boo selama ini oleh para penyokong di Santiago Bernabeu.

“Ia merupakan satu perubahan yang baik, seringkali saya sering mendengar sorakan boo oleh penyokong. Tetapi kali ini mereka menyorak nama saya.”

Bale juga berasakan adalah lebih elok jika beliau dikekalkan di atas padang selepas menjaringkan 2 gol supaya beliau boleh cuba mendapatkan hatrik.

Namun baginya, kemenangan pasukan adalah lebih baik.

“Seronok juga jika saya dapat kekal di atas padang. Saya boleh cuba dapatkan hatrik!”

“Namun apa yang penting adalah kami berjaya memperoleh kemenangan dan juga keyakinan antara kami semua dapat diwujudkan semula.”

Kemenangan besar Real Madrid ini cukup penting buat Zinedine Zidane yang kini nyata tertekan dengan prestasi pasukannya yang kurang baik.

Dalam perlawanan tersebut, Real Madrid ketinggalan apabila Adrian Lopez menjaringkan gol pendahuluan.

Nacho, Cristiano Ronaldo dan juga Bale masing-masing menyumbangkan 2 gol untuk pasukan sambil Luka Modric menjaringkan 1 gol untuk pasukan tuan rumah.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply