VIDEO: Gareth Bale Cemerlang Bantu Real Madrid Raih Kemenangan Pertama di Balaidos

Layangan Kad Merah kepada Luca Modric pada minit ke-56 permainan tidak dapat menghalang Real Madrid untuk mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Celta Vigo dalam perlawanan pertama La Liga musim ini di Estadio Balaidos.

Bagaikan mati hidup semula, itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada Gareth Bale yang memulakan perlawanan ini sebagai pemain kesebelasan utama sekalipun diselubungi pelbagai kontroversi sejak awal musim ini.

Pemain antarabangsa Wales itu cemerlang dengan satu bantuan jaringan pada separuh masa pertama.

Sejurus sahaja pengadil melayangkan kad merah kepada Modric, kelihatan perlawanan ini akan berpihak kepada Celta Vigo, namun rembatan padu dari jarak jauh oleh Toni Kross telah mengubah segalanya.

Jaringan Lucas Vazquez ketika permainan berbaki 10 minit memastikan kejayaan Real Madrid membawa pulang tiga mata penuh.

Sebulan yang lalu mungkin tiada siapa yang menyangka Zidane akan memilih Bale bagi memulakan aksi pembukaan liga selaku pemain kesebelasan utama, tetapi itulah yang berlaku hari ini.

Jurulatih Real itu juga menyenaraikan dua pemain muda iaitu Vinicius Jr serta pemain bek kanan, Adrian Odriozola – bagi menggantikan Dani Carvajal yang digantung perlawanan.

Impak kehadiran Bale pantas dirasai seawal minit ke-12 dengan melakukan hantaran lintang rendah menuju tepat ke arah Benzema yang berlari masuk ke depan pintu gol dan menolak masuk bola ke dalam gawang.

Beberapa minit selepas itu, Real berpeluang menambah jaringan melalui Modric dan Bale, namun kecekapan penjaga gol Celta Vigo, Ruben menyelamatkan pasukan tuan rumah dari terus dibolosi sehingga tamat separuh masa pertama.

Celta Vigo terus mengasak untuk mencari gol penyamaan sehinggalah jaringan Brais Mendez menceriakan penyokong tuan rumah, namun gol tersebut dibatalkan selepas penilaian VAR mendapati Iago Aspas – yang terlibat dalam gerakan gol itu – berada dalam kedudukan ofsaid.

Masuk separuh masa kedua, skuad Celticos terus melakukan tekanan demi tekanan kepada pasukan pelawat membuatkan Thibout Courtois perlu bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Minit ke-55, VAR sekali lagi digunakan selepas terjahan dari belakang Modric ke atas Denis Suarez dinilai melalui rakaman semula dan pengadil Estrada Fernandez tanpa ragu-ragu mengeluarkan kad merah dari poketnya ketika masa permainan masih berbaki setengah jam.

Celta menggunakan kelebihan itu dengan melancarkan serangan bertali arus dan jika tidak kerana ketangkasan Courtois menyelamatkan tandukan padu Nestor Araujo, sudah tentu pasukan tuan rumah dapat menyamakan kedudukan.

Tatkala Real Madrid kelihatan terdesak untuk mengekalkan kelabihan, Kroos yang tidak diberi tekanan telah melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti lalu menerjah ke bahagian bawah palang dan melantun masuk ke dalam gol sekaligus menggandakan kelebihan. Dengan deposit yang dimiliki, Zidane mula melakukan pertukaran pemain dengan membawa masuk Lucas Vazquez dan Isco denga merehatkan Vinicius dan Bale.

Bagaikan tersihir dengan jaringan cantik itu, Celta Vigo kelihatan buntu untuk mendapatkan gol, sebaliknya Real sekali lagi menghukum mereka dengan jaringan Lucas Vazquez ketika permainan berbaki 10 minit.

Bagaimanapun, tuan rumah akhirnya mendapat gol sagu hati pada masa kecederaan hasil jaringan pemain gantian, Iker Losada – yang membuat penampilan pertamanya dalam La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN