Analisis Taktikal: Cairnya Taktikal Gamba Osaka Menewaskan JDT!

Gamba Osaka menewaskan JDT 3-0 dalam perlawanan ini. Sekaligus mara sekali lagi ke AFC Champions League 2017 (ACL 2017).

Permulaan

Gamba Osaka bermula dengan 4-3-3 dan ia adalah formasi yang sangat ofensif. JDT pula bermula dengan 4-2-3-1 dengan meletakkan Brian Ferreira sebagai penyerang utama.

JDT bermula baik meneutralkan Gamba Osaka

Pada awal separuh masa pertama, boleh dikatakan JDT bermula dengan positif dalam perlawanan ini.

Mereka bermain dalam unit yang fokus untuk mengganggu binaan serangan pasukan lawan.

JDT juga beberapa kali memberikan ancaman walaupun tidak ada peluang keemasan dicipta.

Masalah mereka ketika menyerang adalah pemain menyerang tanpa sokongan ataupun berlari seorang diri tanpa memikirkan di mana rakan-rakan.

Kemudian, banyak hantaran yang lemah dan hilang bola dengan mudah.

Gamba Osaka aktifkan high line pressing football

Pada awalnya, JDT tidak dikenakan intensiti tekanan yang terlalu tinggi. Gamba Osaka cuba kekal dalam 4-3-3.

Pada fasa sekitar 17 minit, Gamba Osaka menjadikan bisnes lebih serius. Mereka mengenakan high pressing dan counterpressing.

Ketika ini, unit pertahanan JDT mulai sukar.  Pemain-pemain JDT pada masa yang sama terlalu menunggu pressure.

Kesannya, mereka sukar untuk keluar (relieve pressure) dari tekanan secara individu/pressure.

Plan awal Mora cuba membina serangan dari bawah termasuk penjaga gol. Ia memang bukan pilihan selamat lagi untuk JDT.

JDT tidak memiliki plan sokongan di sekitar pemain yang lebih baik.

Ada pemain yang terus berlari ke sektor atau posisi sendiri tanpa cuba menawarkan opsyen terlebih dahulu.

Misalnya, Safawi Rashid. Ketika dia melihat Amirul atau Fazly memegang bola, dia akan berlari terus ke sayap hujung.

Pada masa yang sama blok rendah mereka sedang dikenakan counter-pressing yang memerlukan sokongan. Ia adalah larian tanpa bola yang lemah.

Gamba Osaka fluid football, weakest link JDT didedahkan

Fasa awal mereka banyak menghantar bola ke semua arah. Lebih kepada observasi kepada pasukan lawan.

Fasa 30 minit adalah fasa mereka mahu menyerang titik lemah pihak lawan.

Dalam perlawanan ini terlalu banyak titik lemah yang mereka boleh serang kerana kelebihan teknikal mereka serta organisasi pertahanan JDT yang disjointed.

Falsafah Guardiola, jika anda ada melihat banyak ruang yang boleh diserang, jangan memikirkan untuk serang semuanya.

Pilih 1 titik utama untuk diserang. Jadi Gamba Osaka memilih menggunakan sebelah kiri dengan lebih aktif.

Gamba Osaka semakin meningkatkan intensiti. Mereka mulai melihat potensi weakest link utama JDT.

Anda pasti sudah tahu di mana? Ya, Ia di sebelah kiri dan zon 14. Ini bukan bermaksud kawasan Fazly Mazlan itu lebih baik.

Azamuddin dan Safawi Rashid dengan Kunanlan dan Fazly Mazlan tidak bertahan dalam unit.

Azamuddin jelas gagal mengawal Fujiharu di sebelah kiri. Di kanan Safawi Rashid membiarkan Fazly Mazlan berjuang sendiri.

Kunci utama adalah Gamba Osaka ada pemain bek sisi yang sangat dinamik di kiri iaitu Fujiharu.

Mereka mendapat 2 gol dari seksyen tersebut. Di zon 14 hanya menjadi outlet kepada Nagasawa dan Ademilson yang akan membentuk twin no.9

Sistem 4-3-3 Gamba Osaka adalah menggunakan sokongan 2 pemain penyerang kedua di belakang Nagasawa.

Jadi width mereka pada bek sisi. 3 penyerang itu punya boleh membentuk platform no.10 + no.9. berkembar atau 2 penyerang kedua dan 1 no.9. Ia sangat varian.

Variasi larian oleh Fujiharu antara perkara yang paling sukar untuk JDT. Beliau melakukan overlapping run, diagonal run, diverting run dan track back yang sangat berkesan.

Gamba Osaka memenuhkan kawasan gol JDT

Musim lalu kami banyak bercerita bagaimana pasukan di Liga M dibuli oleh taktik overload the box oleh Mario Gomez.

Kali ini JDT pula berhadapan dengan taktik ini.  Gamba menghantar pemain tambahan ke dalam kotak penalti. Pemain dari belakang akan melakukan larian ke dalam kotak penalti.

Pertahanan JDT kerap kali tidak terurus dengan baik. Seakan-akan mereka keliru dengan sistem kawalan zonal marking atau man to man marking.

Ini adalah kedudukan pertahanan mereka pada gol pertama. Ia adalah kombinasi, clearance lemah daripada Antonio dan kegagalan bertahan dan mengawal pemain.

Fadhli Shas tidak tahu langsung siapa di belakang beliau. Kerana tidak melakukan shoulder check.

Ini pula gol kedua. Dicipta dari kawasan yang sama, kali ini dengan cara cut back pass.

Penilaian

Gamba Osaka menewaskan JDT dalam semua aspek dalam perlawanan ini.

Mereka memiliki kekuatan untuk mengekalkan tempo permainan untuk 90 minit. Cuma mereka menurunkannya selepas gol ke-3.

Itupun mereka masih mampu menghadirkan ancaman. Gamba Osaka terlalu fluid ataupun cair.

Kordinasi taktikal yang sentiasa ada sokongan. Pemain berupaya menukar arah bola dengan segera.

Variasi larian mereka ketika tanpa bola dan dengan bola adalah perkara yang boleh dipelajari.

Satu perlawanan yang sukar untuk JDT kerana kualiti pasukan J-League. Masih belum ada lagi pasukan Asia Tenggara termasuk dari Thailand yang melepasi laluan ini.

Ia bukanlah perlawanan yang terlalu teruk untuk JDT kerana mereka jelas dalam proses sukar dan dibayangi pasukan mereka musim lalu.

Cuma ada beberapa pemain patut bermain lebih baik dan tidak terlalu gugup sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukan?

Cabrera dan Brian Ferreira antara pemain yang agak menyerlah dalam perlawanan ini.

Namun yang positif, JDT cuba memberikan respon pada separuh masa kedua dan ketika kemasukan Nazmi Faiz.

Namun secara teknikal masih sukar untuk mereka mara lebih jauh ke kawasan gol.

Banyak cubaan gol jarak jauh yang dilakukan. Namun tidak ada plan untuk memenangi bola kedua.

Benjamin Mora ada banyak kerja lagi sekiranya mahu mengekalkan pivot Safiq-Amirulhadi di tengah.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Fujiharu (Gamba Osaka)

1 gol, 1 assist. Sangat efektif dalam mejana larian yang varian. Menjadi titik ancaman utama di bahagian bek kanan JDT.

Baca juga: Claudio Ranieri Disokong Oleh Pengurusan Leicester City Walaupun Prestasi Teruk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN