Galatasaray Tawar Kerja Kepada Emmanuel Eboue Selepas Dedah Mahu Bunuh Diri Di Akhbar UK

Kerjasama Semuanya BOLA

Hadiah terbesar dalam hidup sebagai manusia bukanlah duit, kemasyhuran atau pangkat – sebaliknya tujuan hidup. Apabila manusia hilang tujuan hidupnya, banyak yang akan merasakan dirinya berseorangan dan akhirnya memilih jalan yang menyedihkan; bunuh diri.

Inilah yang hampir-hampir berlaku kepada bekas pemain Arsenal dan Galasataray kelahiran Ivory Coast, Emmanuel Eboue menerusi pendedahan eksklusif beliau kepada Mirror UK yang diterbitkan semula di Semuanya BOLA kelmarin.

Eboue dilaporkan hampir-hampir membunuh diri selepas beberapa insiden malang bertimpa-timpa melanda dirinya. Daripada seorang jutawan, Eboue kini tinggal sehelai sepinggang berikutan kes perceraian beliau dengan isterinya.

BEVEREN, BELGIUM: (FILES) A picture taken 19 December 2004 shows Beveren’s Ivorian back-right Emmanuel Eboue pictured with his wife and baby prior to a Belgian league soccer match Beveren vs Germinal Beerschot in Beveren. Arsenal have completed the signing of Ivory Coast right-back Emmanuel Eboue from Belgian club Beveren, the club announced 07 January 2005. (Credit: WALSCHAERTS/AFP/Getty Images)

Mujurlah ada yang tampil membantu beliau. Semalam media Turki, FutbolArena melaporkan Galatasaray bakal memberikan hadiah terbesar dalam hidup manusia ini kepada bekas pemainnya, Emmanuel Eboue. Pengarah Teknikal Galatasaray, Fatih Terim dipetik berkata, “Kita akan apa sahaja yang kita mampu untuk membantu [Eboue].”

Galasataray dilaporkan bakal memberikannya jawatan sebagai jurulatih pasukan akademi bawah-14 kepada Eboue beserta gaji yang setaraf dengan statusnya sebagai bekas pemain.

Selain itu, Galasataray juga akan memberikan bekas pertahanan yang sedang digantung FIFA kerana tidak membayar ejennya ini peluang untuk mempelajari lesen-lesen kejurulatihan yang diperlukannya untuk maju.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada Eboue atas berita gembira ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply