Gaji Dua Bulan Masih Tertunggak, Bekas Pemain Pulau Pinang Kian Hilang Sabar

Pulau Pinang Liga Premier 2019

Di saat sedang rancak dengan latihan pra-musim 2020, bekas pemain-pemain Pulau Pinang pada musim 2019 dilihat telah menuntut baki pembayaran gaji yang masih tertunggak.

Menurut perkongsian di laman Facebook, Abd Aziz Ismail, pemain pertahanan itu menuntut agar Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) segera melunaskan janjinya kepada mereka.

17 pemain telah dilepaskan FAP menjelang saingan Liga Premier 2020 dan telah membawa masuk sejumlah besar pemain baharu sebagai persediaan untuk mencabar dua tiket ke Liga Super 2021.

Selain Abd Aziz Ismail, antara pemain-pemain lain yang juga telah dilepaskan oleh Pulau Pinang dua bulan lalu adalah Afiq Azmi, Azrul Ahmad, Zamer Selamat, Wan Mohd Syukri, dan A. Segar.

Menurut perkongsian pemain yang berasal daripada Kelantan itu, Presiden FAP, Dr. Amar Pritpal Abdullah telah berjanji pembayaran akan dibuat pada 30 Disember lalu, namun ia hanya janji palsu.

Kira-kira dua minggu lalu, Dr. Amar Pritpal telah memaklumkan kepada mereka yang terlibat yang akaun FAP sedang diaudit dan selepas itu barulah duit daripada kerajaan negeri akan diterima seterusnya pembayaran gaji tertunggak akan diselesaikan.

Rentetan itu, pada 26 Disember, Dr. Amar Pritpal menjelaskan yang duit sudah diterima oleh FAP dan selewat-lewatnya bekas-bekas pemain akan menerima tunggakan gaji selama dua bulan itu pada Isnin iaitu 30 Disember lalu, namun hingga kini, tiada khabar berita.

Semua bekas pemain tersebut dilihat sudah hilang sabar dengan tindak tanduk FAP yang masih gagal melunaskan janji demi janji yang ditaburkan dan dengan pelbagai komitmen keluarga ketika ini, majoriti pemain tersebut sedang dihimpit krisis kewangan.

Ada di kalangan mereka yang mahu menghantar anak ke sekolah selain bayaran bulanan kereta, sewa rumah, belanja rumah dan sebagainya. FAP juga sudah diasak beberapa kali oleh mereka namun, dilihat telah mengambil jalan berdiam diri setakat ini.

Musim lalu, Harimau Kumbang kehilangan tiket promosi ke Liga Super 2020 akibat arahan pemotongan enam mata oleh FIFA selepas didapati gagal melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Abd Aziz Ismail turut memohon maaf kepada penyokong Pulau Pinang kerana seperti memburukkan nama pasukan namun, ianya dilihat perlu untuk keadilan mereka.

Kredit Foto: FA Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN