Gaji & Bonus Odion Ighalo Di Man United Didedahkan

Ole Gunnar Solskjaer jelas gembira dengan impak yang dibawa oleh Odion Ighalo kepada Manchester United selepas pemain itu menjaringkan empat gol dari tiga permulaan bersama kelab itu setakat ini.

Ketibaan Ighalo di Old Trafford pada jendela perpindahan Januari mendapat pelbagai jenis respon skeptikal dari ramai penganalisis bola sepak, selepas pemain itu beraksi di Liga Super China (CSL) selama tiga musim sebelum itu.

Ighalo adalah peminat Manchester United sejak zaman kanak-kanak dan sanggup menerima potongan 40% gaji yang diterimanya di China semata-mata untuk ke Old Trafford.

Ighalo dilaporkan menerima bayaran £300,000 seminggi di Shanghai Shenhua. Itu bermakna Ighalo menerima sekitar £180,000 untuk kembali beraksi di England.

Selain daripada pendapatan mingguan tetap, Ighalo turut ditawarkan bonus bernilai £8,000 untuk setiap jaringan yang beliau berjaya hasilkan.

Sehingga kini, Ighalo telah meraih £32,000 bonus jaringan bersama Unied, belum termasuk bayaran bonus £9000 untuk setiap kemenangan, dan £3,000 untuk setiap perlawanan seri.

Klausa kontrak Ighalo turut mempunyai bayaran khas sekiranya skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer berjaya melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Secara keseluruhan, pendapatan Ighalo bersama Manchester United masih lagi dianggap mewah walaupun berstatus pemain pinjaman.

Laporan turut menyatakan Ighalo harus berkorban dengan pemotongan gaji lebih besar sekiranya beliau mengimpikan untuk terus bersama Manchester United secara tetap pada musim hadapan.

Baca artikel lain kami mengenai Odion Ighalo:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram