Gaji Anak Buah Sol Campbell Tertunggak Selama Tiga Bulan

Campbell

Minggu lalu, Bolton Wanderers telah membelah dada media bola sepak mengenai kegagalan mereka membayar gaji pemain. Sehinggakan para pemain mereka tidak mahu beraksi dalam perlawanan liga.

Dan perlawanan mereka terpaksa ditunda.

Kali ini, giliran Macclesfield Town yang kini diuruskan oleh bekas pemain pertahanan terkenal, Sol Campbell.

Gaji lewat

Menurut laman Sky Sports News, gaji bulan April dibayar lewat. Perkara sama turut dihadapi oleh para staf kejurulatihan kelab.

Tambah memeritkan, kelewatan membayar gaji ini sudah memasuki tiga bulan berturut-turut. Cuma menjadi persoalan, adakah gaji Sol Campbell sendiri juga telah tertangguh?

Macclesfield Town hanya mengesahkan mereka mengalami kelewatan pembayaran gaji para pemain dan staf. Tetapi, tidak pula menyatakan mengenai isu berkaitan Campbell.

Panas hati

Penyokong Macclesfield Town yang turun membuat bantahan. Sumber; CheshireLive

Difahamkan sekumpulan penyokong telah pun mengetahui perkara ini lantas membuat tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan ini telah berlaku pada pertengahan bulan lalu.

Para penyokong Macclesfield Town sendiri memberikan sokongan secara terbuka kepada Sol Campbell dan anak buahnya.

Pada asalnya, punca tunjuk perasaan ini bertujuan membantah pengurusan kelab itu menutup salah satu kawasan tempat duduk penyokong. Tindakan tidak mesra pengurusan itu mengundang kecaman ramai penyokong.

Kelab memaklumkan bahawa mereka akan mengkaji semula tindakan itu pada akhir musim.

Perit

Carta EFL League Two selepas 45 perlawanan. Sumber: BBC

Macclesfield Town sendiri mengalami keperitan untuk keputusan di atas padang. Mereka kini menduduki tangga ke-22 dalam saingan EFL League Two.

Mereka dibezakan hanya 2 mata dengan Notts County yang berada di tangga ke-23. Dua kelab tercorot EFL League Two diturunkan divisyen ke National League.

Macclesfield Town bakal menghadapi kunjungan Cambridge United manakala Notts County akan menentang Swindon Town.

Cuba kita renungkan, apa perasaan kita untuk bekerja jika gaji kita terlewat dibayar majikan. Sudah pasti ia tidak memotivasikan diri sendiri bukan?

Moga ada sinar buat Sol Campbell dan anak buahnya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN