Gagal Menyinar Di Madrid, Luka Jovic Kembali Ke Eintracht Frankfurt

Luka Jovic

Penyerang Serbia, Luka Jovic yang gagal menyinar bersama Real Madrid sebaik sahaja menyertai kelab tersebut pada 2019/20, bakal melupakan detik sukar dalam kariernya apabila dilaporkan akan kembali bersama kelab lamanya, Eintracht Frankfurt.

Frankfurt menjadi pilihan Jovic untuk dipinjamkan sehingga penghujung musim meskipun AC Milan dan Wolves turut mengatakan minat bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Aksi menarik selama dua musim bersama Frankfurt telah membuka mata Real Madrid untuk membawanya ke Santiago Bernabeu dengan yuran perpindahan berjumlah €60 juta.

Bagaimanapun, langkahnya berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol itu kelihatan satu keputusan yang merugikan kariernya.

Hal ini kerana beliau hanya mampu menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 32 penampilan di semua pertandingan disertai Real Madrid sejak musim lalu.

Musim ini, beliau hanya beraksi selama 208 minit , di mana keadaan itu juga menyebabkan Zidane lebih meletakkan kepercayaan terhadap Karim Benzema untuk bertindak selaku penyerang utama.

Perkembangan terkini mengenai masa depan Jovic itu disahkan oleh Pengarah Sukan Frankfurt, Fredi Bobic menurut sumber dikeluarkan Goal.

”Jika segalanya berjalan dengan baik, dia akan bersama dengan kita tidak lama lagi.”

”Kita akan melihat pada jendela perpindahan musim panas nanti. Kami masih boleh memikirkan tentang segala yang akan terjadi nanti [mengulas tentang kemungkinan membawa masuk Jovic secara tetap].”

Kredit featured image: Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jovic:

Luka Jovic: Musim Pertama Di Kota Madrid Yang Penuh ‘Luka’

‘Jual Saja Dia’ – Antara Komen Sinis Penyokong Real Madrid Kepada Kecederaan Luka Jovic

Dejan Petkovic Nasihati Luka Jovic, Anggap Tiada Yang Mudah Di Real Madrid

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply