Gabriel Magalhaes: Bek Tengah Kaki Kiri Yang Diburu Rapat Mikel Arteta

gabriel magalhaes lille arsenal arteta kaki kiri

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta nampaknya memperlihatkan satu perkara dalam pemburuan pertahanan tengah iaitu pemain yang mempunyai kekuatan kaki kiri.

Arsenal dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk pertahanan tengah Lille, Gabriel Magalhaes setelah kelabnya bersetuju dengan nilai £22 juta. The Gunners hanya menanti keputusan pemain itu dan menghadapi cabaran daripada Napoli.

Kukuhkan seksyen benteng tengah

Napoli membuat persediaan sekiranya mereka melepaskan Kalidou Koulibaly ke Manchester City. Dan persaingan antara Napoli dan Arsenal dilihat sedang menuju ke penamatnya apabila Presiden Lille berkata yang ianya terpulang kepada pemain itu.

“Sesuai untuk saya katakan yang Arsenal sangat mahukannya dan Napoli juga begitu. Kami telah berikan kepadanya masa untuk membuat pilihan,” ujar Gerard Lopez, Presiden kelab Ligue 1 itu dan menegaskan pilihan sudah dibuat oleh Gabriel sendiri.

Gabriel adalah pertahanan tengah yang menggunakan kaki kiri. Mungkin nampak tidak penting, tetapi ia sangat membantu. Bek tengah Arsenal kesemuanya menggunakan kaki kanan sebagai kaki utama dan ianya adakala mengganggu rentak mereka.

Disebabkan itu, musim lalu, dapat dilihat jika Arteta menggunakan bek bertiga di benteng, Sead Kolasinac atau Kieran Tierney akan bermain di bek tengah. Namun, ia dilihat masih gagal membantu Arsenal. Benteng The Gunners masih tampak lemah.

Petanda pemburuan bek tengah berkaki kiri

Kemasukkan Pablo Mari pada Januari lalu sudah menunjukkan yang Arteta memang memburu pertahanan tengah kaki kiri. Namun, selepas tiga perlawanan, Mari dilanda kecederaan membuatkan pengendali tersebut perlu keluar memburu lagi.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan akan pulih menjelang September depan selepas menjalani pembedahan di buku lalinya. Arteta telah mencuba Kolasinac dan Tierney, namun sebagaimana David Luiz, mereka kerap buat kesilapan mudah.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1282634052479131648

Benteng Arsenal rapuh kerana kesilapan mudah bek tengah. Dan statistik Gabriel di Ligue 1 mungkin akan melegakan semua pihak. Menurut data dari StatsBomb, beliau tidak pernah membuat kesilapan menjurus kepada percubaan pihak lawan.

Gabriel dilihat pemain yang sangat sesuai buat pelan taktikalnya. Dalam saingan liga, pemain berusia 22 tahun itu telah tampil sebanyak 24 kali daripada 28 perlawanan – menandakan beliau adalah pemain utama. Beliau juga jarang tercedera.

Pablo Mari dan Gabriel sudah cukup

Memiliki bek tengah berkaki kiri memudahkan Arteta untuk meletakkannya di sebelah kiri bek bertiga dengan formasi taktikal kegemarannya ketika ini iaitu 3-4-3.

Gabriel menggunakan 88.2 peratus kaki kiri dalam melakukan hantaran pada musim lalu, malah ianya lebih baik dan lebih tinggi daripada mana-mana pemain Arsenal termasuklah pertahanan berpengalaman, David Luiz ketika menggunakan kaki kanan.

Sekembalinya Mari seawal September dan kemasukkan Gabriel akan mengukuhkan semula benteng Arsenal. Kata kuncinya adalah kurangkan kesilapan mudah yang kerap berlaku seperti yang pernah diluahkan Nicolas Pepe dan Emiliano Martinez.

Adakah Arsenal akan berjaya membawa masuk Gabriel? Menurut kenyataan Gerard Lopez sebelum ini, ia akan diketahui dalam tempoh masa 24 jam sahaja lagi.

Penutup

Ketika tiba di Emirates, Arteta sudah menjelaskan masalah di benteng tengah iaitu enam pilihan yang ada di tangannya adalah berkaki kanan. Bek tengah berkaki kiri yang berkualiti sangat diperlukan atas faktor untuk mengukuhkan lagi benteng.

Arsenal terlalu mahu merealisasikan perpindahan ini. Persaingan daripada Napoli mungkin mudah diselesaikan dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal, jika kita merujuk kenyataan rakan sepasukannya, Jose Fonte di talkSPORT semalam.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN