Gabon Tersingkir Dari Piala Negara-Negara Afrika, Terkandas Di Peringkat Kumpulan

Gabon tersingkir dari Piala Negara-Negara Afrika selepas mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.

Perkara itu nyata memberikan kekecewaan yang sangat dalam buat penyerang Pierre-Emerick Aubameyang selepas negaranya tersingkir dalam kejohanan tersebut.

Tak tepati masa

Gabon tersingkir dari Piala Negara-Negara Afrika selepas mereka gagal menewaskan Cameroon dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Mereka terikat 0-0 dalam perlawanan yang menyaksikan Gabon boleh memperoleh beberapa gol menerusi beberapa peluang yang terhidang.

Selepas perlawanan, Aubameyang nyata kecewa dengan apa yang berlaku kerana negaranya tersingkir.

Beliau dilihat menendang bola selepas wisel penamat ditiupkan, serta tidak bersalam dengan sesiapa selepas perlawanan tamat.

Malah ketika jurulatihnya cuba menenangkan beliau, beliau terus pergi ke terowong stadium.

Beliau nyata menyalahkan persiapan pasukan yang tidak lengkap sebagai punca mereka tersingkir awal.

Hal ini kerana, pasukan kebangsaan Gabon tidak menepati jadual untuk memulakan sesi latihan intensif mereka.

Latihan intensif mereka dijadualkan pada 3 Januari 2017 namun ia tidak dijalankan seperti yang dirancang.

“Sudah pasti semua orang kecewa dengan perkara ini. Ia merupakan perasaan yang normal.”

“Memang kami mulakan latihan sedikit lewat, tetapi saya gembira melihat usaha yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Hal ini kerana mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi.”

Aubameyang sendiri mengaku dirinya tidak memberikan usaha yang cukup untuk negaranya.

Gagal bangkit

Jurulatih Gabon, Jose Antonio Camacho sendiri mengaku pasukannya gagal untuk bangkit selepas seri dengan pasukan kerdil Guinea-Bissau pada perlawanan pertama.

Hal ini berlaku selepas Gabon memboloskan gol penyamaan minit akhir untuk membolehkan pasukan kerdil itu memperoleh 1 mata daripada perlawanan tersebut.

Camacho juga nyata kecewa selepas pasukannya gagal mencari gol kemenangan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Burkina Faso dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan wajib menang menentang Cameroon, Gabon gagal menggunakan segala peluang terhidang untuk mencari kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Gabon seri 0-0 dengan Cameroon.

Burkina Faso layak ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika selepas menjuarai kumpulan A, Cameroon mengiringi dengan menjadi naib juara.

Baca juga: Borrusia Dortmund Tandatangan Alexander Isak, Dikatakan ‘The Next Zlatan’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN