Gabi Ingatkan Griezmann, Real Madrid Bukanlah Terlalu Besar Berbanding Atletico

Kapten Atletico tidak dapat membayangkan jika Griezmann berhijrah ke Real Madrid.

Ia sudah pasti perkara yang panas melihat pemain utama Atletico menyertai seteru utama mereka Real Madrid.

Gabi juga merasakan ia adalah langkah ke belakang di dalam karier Griezmann.

Gabi memberikan respon itu selepas mendengar kenyataan Griezmann sebelum ini tentang impian beliau di dalam karier.

Griezmann berkata:

“Dalam karier, jika saya berkesempatan bermain untuk kelab-kelab seperti Barcelona, Bayern Munich dan Real Madrid pada peringkat tertinggi, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.”

“Namun buat masa ini, saya tidak terfikir langsung untuk meninggalkan Atletico.”

Untuk pengetahuan semua, kontrak Griezmann di Atletico masih panjang dan hanya akan berakhir pada 2021.

Kenyataan Antoine Griezmann tersebut juga telah mengundang sedikit rasa tidak selesa oleh Gabi.

Ini kerana Gabi berpendapat perbezaan di antara Real Madrid dan Atletico pada hari ini tidak seperti dahulu.

Gabi juga berpendapat Atletico Madrid antara kelab elit di Eropah pada hari ini.

Gabi berkata kepada AS:

“Saya tidak boleh bayangkan, jika Griezmann bermain untuk pasukan lain. Dia muda dan sangat berbakat. Dia boleh bermain di mana-mana sahaja pasukan di dunia yang dia mahukan.”

“Realitinya pada hari ini, Real Madrid bukanlah kelab yang lebih baik dari Atletico. Saya berharap trend ini akan berterusan.”

Griezmann terus menjadi watak penting Atletico musim ini. Beliau sudah menjaringkan 22 gol daripada 40 penampilan.

Baca juga: Ivan Zamorano:”Kalau Messi Orang Chile, Kiri Kanan Monumen Beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN