FWWC: AS Pertahankan Kejuaraan Atasi Belanda Di Pentas Akhir

Piala Dunia Wanita (FWWC) 2019 semalam menyaksikan pertembungan akhir di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Belanda.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan penguasaan oleh AS. Mereka lebih dominan dan banyak mencipta peluang gol.

Belanda menggunakan pendekatan lebih defensif dan cuba menyerang balas pasukan lawan mereka yang jelas dalam intensiti tinggi.

Penjaga gol Belanda, Sari Veenendaal adalah pemain terbaik The Oranje dengan banyak sekali aksi menyelamat.

Amerika Syarikat juga awalnya bergelut untuk menembusi garisan tengah pasukan Belanda. Namun mereka tetap cuba untuk memasuki ke kawasan serangan paling tinggi.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan.

Selepas perlawanan disambung semula, AS menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua. Gol pertama adalah menerusi Pemain Terbaik Kejohanan dan juga pemenang Kasut Emas – Megan Rapinoe menerusi sepakan penalti minit ke-61 – selepas Alex Morgan dikasari.

8 minit kemudian, pemain yang menyerlah dan melakukan ‘breakthrough’ dalam Piala Dunia kali ini – Rose Lavelle menjaringkan gol kedua.

Lavelle melakukan sedikit ‘cut inside’ dan melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Veenendaal.

Belanda jelas tidak cukup tajam di semua bahagian. Mereka banyak hilang bola dan melakukan kesilapan ketika penyudah.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 2-0. AS mempertahankan Piala Dunia yang mereka menangi sebelum ini.

Megan Rapinoe dianugerahkan Pemain Terbaik serta Pemenang Kasut Emas. Manakala Ellen White memenangi Kasut Perak, Rose Lavelle memenangi Anugerah Kasut Gangsa.

Penjaga gol Belanda yang cemerlang sepanjang kejohanan ini, Veenendaal dianugerahkan Pemenang Sarung Tangan Emas.

Sebagai rekod ini adalah kejuaraan Piala Dunia ke-4 oleh AS di pentas FWWC.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram