FWWC: Amerika Syarikat Ke Final, Atasi England Dalam Aksi Diwarnai Drama VAR

Pertarungan di antara England dan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan dalam Piala Dunia Wanita (FWWC).

AS terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Christen Press.

England ternyata bergelut untuk mengimbangi rentak da intensiti yang dipamerkan oleh AS. Namun mereka tetap berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang prolifik mereka Ellen White yang menguis bola hasil hantaran Beth Mead.

Pada minit ke-31, giliran bintang AS, Alex Morgan menambah 1 lagi gol untuk AS. Morgan menanduk masuk hantaran silang daripada Horan. Alex Morgan meraikan gol yang agak ‘savage’ dengan gaya minum teh – ala Inggeris.

Pada separuh masa kedua, AS masih lagi menjadi pasukan lebih baik. Namun England terus berusaha untuk mencari gol penyamaan.

Ellen White menyamakan kedudukan pada minit ke-66. Namun gol itu ditarik balik selepas pengadil melakukan semakan VAR. Ternyata ianya satu ofsaid yang sangat sedikit.

Ketika penyokong England sedang bengang dengan VAR, pada minit ke-78, giliran England pula dihadiahkan penalti hasil semakan VAR. Ellen White dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Steph Houghton walaubagaimanapun gagal menyempurnakan peluang keemasan itu.

Malam England menjadi lebih sukar, ini apabila beberapa minit selepas kegagalan penalti itu, mereka terpaksa bermain 10 pemain selepas Millie Bright dibuang padang – kerana kad kuning kedua.

AS bertahan dengan baik dan cuba menguasai perlawanan untuk mengelakkan England memiliki lebih bola.

AS mara ke final dengan keputusan masa penuh 2-1. Penjaga gol AS – Alyssa Naeher pastinya menjadi wira pasukan dengan kejayaan menafikan penati oleh Houghton.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram