Freddie Ljungberg Mulakan Tugasan

Freddie Ljungberg memulakan tugasan beliau sebagai interim – ketua jurulatih di Arsenal.

Beliau dilantik menjadi interim selepas pemecatan Unai Emery. Ini selepas Unai Emery gagal meyakinkan pengurusan bahawa beliau sedang meletakkan Arsenal di landasan yang tepat.

Dalam kenyataan Arsenal sebelum ini, mereka mengesahkan telah meminta Ljungberg untuk mengisi kekosongan itu secara sementara.

Dan Arsenal dalam proses pencarian pengurus yang baharu. Arsenal dalam kenyataannya berkata: “Kami telah meminta Freddie Ljungberg untuk menjadi interim bagi jawatan ketua jurulatih pasukan utama.”

“Kami memberikan keyakinan penuh kepada Freddie untuk membawa kita maju ke hadapan.

“Pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan kami akan membuat pengumuman rasmi apabila segala proses itu lengkap.”

Freddie Ljungberg sudah mengendalikan sesi latihan pasukan bagi mempersiapkan Arsenal untuk perlawanan liga pada hujung minggu ini.

Ljungberg menulis di Twitternya: “Selama mana saya menjaga Arsenal, saya akan memberikan segalanya. Saya harus mengembalikan semula senyuman.”

“Kami ada beberapa minggu yang sibuk selepas ini dan pasukan ini memerlukan sokongan daripada kamu. Jom mula bekerja.”

Arsenal akan bertandang ke Norwich City pada aksi EPL, Ahad ini. Arsenal kini masih tidak menang dalam kesemua 5 perlawanan liga terakhir mereka dan 7 secara keseluruhan untuk semua pertandingan.

Pada Disember, Ljungberg ada 2 perlawanan derbi iaitu berhadapan dengan West Ham pada awal Disember – menentang Chelsea pada akhir Disember.

Arsenal juga akan turut berhadapan dengan Manchester City pada Disember nanti.

Arsenal kini berada di tangga ke-8 dalam carta liga. Mereka dipisahkan 8 dari Chelsea yang berada di tangga ke-4.

Arsenal berhasrat untuk kembali semula ke UCL pada musim hadapan, seperti yang digariskan oleh pemilik kelab sebelum ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram