Fred Mahu Akhiri Spekulasi Mengenai Penghijrahannya Selepas Tamat Saingan Piala Dunia

Fred

Pemain tengah Shakhtar Donetsk dari Brazil, Fred memilih untuk menunggu sehingga tamat kempen Piala Dunia 2018 di Rusia bagi memuktamadkan mengenai kelab yang bakal diwakilinya musim hadapan.

Fred, 25 tahun, telah berjaya menarik minat dua kelab berjiran, Manchester City dan Manchester United untuk membawanya beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaupun United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmatnya, Fred ternyata memerlukan masa selepas saingan di Rusia tamat sebelum membuat keputusan.

”Saya tidak tahu apa keputusan yang perlu saya pilih. Mungkin saya akan membuat keputusan yang lebih baik selepas Piala Dunia,” kata Fred pada satu sidang media menurut Goal.

”Fokus saya ketika ini sepenuhnya terhadap Piala Dunia.”

”Terdapat beberapa perbincangan lanjut sejak bulan Januari, apabila saya hampir menyertai Manchester City, United telah berbincang dengan ejen saya dan Shakhtar.”

Dengan minat beberapa pasukan terhadap dirinya, Fred beranggapan ia sebagai satu penghargaan dalam karier bola sepaknya.

”Ia merupakan satu penghormatan buat saya kerana dapat mencuri tumpuan pengurus hebat di Eropah, dari Manchester dan dari ketua jurulatih skuad kebangsaan saya sendiri,”jelas Fred.

”Saya merasakan saya kuat ketika di dalam padang, serba boleh, saya boleh bermain di beberapa posisi tengah. Beberapa jurulatih menyukainya. Ia telah menarik perhatian mereka, itu menjadi masalah besar buat saya.”

”Serba boleh, kualiti dan hantaran baik. Saya rasa itu semua ‘mencuri’ perhatian jurulatih.”

Foto: Sky Sports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram