Fred Bakal Menyarung Jersi Manchester United

Bintang Brazil, Frederico Rodrigues de Paula Santos atau dikenali sebagai Fred dijangka akan menandatangani kontrak dengan Manchester United dalam masa terdekat, dengan pemain itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu hari ini.

Pemain tengah Shakhtar Donetsk itu dimasukkan pada minit ke-82 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan Brazil menewaskan Croatia 2-0 di Anfield semalam.

Fred dilaporkan akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester sebelum menyempurnakan perpindahan bernilai 55 juta euro (RM255.2 juta).

“Apabila ini berlaku, ia tidak dapat dielak, mereka akan datang kepada kami dan nasihat kami ialah menyelesaikannya secepat mungkin supaya fikiran anda kembali kepada pasukan kebangsaan,” kata pengendali Brazil Tite.

“Jika saya seorang pengendali saya juga akan mendapatkannya.”

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1003433609984954368

Pemain 25 tahun itu menyertai kelab Ukraine, Shakhtar dari kelab Brazil Internacional pada tahun 2013 dan menjadi sebahagian daripada kempen Liga Juara-Juara mereka

Dengan minat beberapa pasukan terhadap dirinya, Fred beranggapan ia sebagai satu penghargaan dalam karier bola sepaknya.

”Ia merupakan satu penghormatan buat saya kerana dapat mencuri tumpuan pengurus hebat di Eropah, dari Manchester dan dari ketua jurulatih skuad kebangsaan saya sendiri,”jelas Fred.

”Saya merasakan saya kuat ketika di dalam padang, serba boleh, saya boleh bermain di beberapa posisi tengah. Beberapa jurulatih menyukainya. Ia telah menarik perhatian mereka, itu menjadi masalah besar buat saya.”

”Serba boleh, kualiti dan hantaran baik. Saya rasa itu semua ‘mencuri’ perhatian jurulatih.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram