Frank Lampard: Status Sebagai Legenda Kelab Tak Buatkan Saya Kebal Dari Kecaman

Kerjasama Semuanya BOLA

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui status beliau yang dianggap sebagai legenda The Blues tidak membuatkan dirinya ‘kebal’ daripada sebarang kemungkinan dialami seperti pengendali terdahulu kelab tersebut.

Lampard yang kini berusia 42 tahun turut menegaskan beliau mahu dilayan oleh Roman Abramovich sama seperti dilakukan pemilik kelab tersebut terhadap pengurus-pengurus sebelum ini yang pernah menabur bakti bersama Chelsea.

Abramovich mengambil langkah drastik pada musim lalu apabila melantik Lampard selaku pengurus pasukan bagi menggantikan Maurizio Sarri yang kembali ke Itali untuk membimbing Juventus meskipun beliau berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Liga Europa 2018/19.

Musim pertama Lampard bersama Chelsea jelas mendapat pujian apabila kelab London itu berupaya menamatkan kempen liga di tangga keempat walaupun pada jendela perpindahan musim panas, The Blues menerima hukuman larangan pembelian pemain susulan hukuman diterima.

Hukuman yang diringankan pada Januari juga memperlihatkan Lampard tidak membelanjakan wang untuk membawa masuk pemain baharu dan hanya menggunakan pemain sedia ada termasuklah beberapa pemain muda yang diketengahkannya.

Kempen 2020/21 menyaksikan Abramovich memberikan lambakan wang kepada Lampard untuk memperkuatkan jentera pasukan sehingga hadirnya rekrut besar-besaran seperti Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Edouard Mendy.

Dengan ‘kemewahan’ yang diberikan Abramovich, tekanan sebenar sudah pasti bakal dihadapi oleh Lampard sekiranya segala apa yang telah diberikan oleh pemilik kelahiran Rusia itu tidak mendatangkan hasil dari segi pencapaian pasukan.

”Tidak ramai orang mendapat pekerjaan di Chelsea selepas hanya semusim di Derby County.”

”Ia jelas saya bermain selama 13 tahun bersama kelab ini dan ia membantu untuk mendapatkan pekerjaan [jawatan pengurus Chelsea] ini, tetapi saya juga mempunyai cara saya sendiri yang saya rasa layak selepas bertahun-tahun bergelar pemain.”

”Saya sangat mengenali kelab ini dan saya akan melakukan yang terbaik, jadi dalam situasi ini saya amat memahami setiap masalah yang bakal dihadapi.”

”Saya perlu meletakkan ego saya di luar dan mengatakan saya mungkin akan merosakkan segala apa yang telah saya kecapi [sebagai pemain] selama 13 tahun.”

”Kerana sekiranya ia tidak berjalan dengan baik, saya akan dinilai dengan kejam dan cukup pantas,” ujar Lampard menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Frank Lampard:

Frank Lampard: Jurang Dengan Liverpool & Man City Masih Jauh, Kami Perlu Merendah Diri

Bagaimana Frank Lampard Yakinkan Bakal Pemain Untuk Pilih Chelsea

Frank Lampard Yakin Dengan Keupayaan Thiago Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram