Frank Lampard Kini Setuju Bergelar Pengurus Baharu Chelsea

Kini, era baharu akan tiba di Stamford Bridge.

Pengurus Derby County, Frank Lampard kini hampir pasti untuk menjadi pengendali baharu bagi pasukan Premier League.

Menurut laman The Guardian, Lampard kini sudah bersetuju dengan segala terma untuk kembali ke Stamford Bridge.

Apa yang tinggal sekarang adalah untuk memperkenalkan beliau kepada khalayak sebagai pengurus baharu kelab itu pada hari ini.

Derby County yang mengikat Lampard selama 3 tahun akan menerima pampasan dari Chelsea sebanyak £4 juta.

Turut bersama Lampard ke Stamford Bridge ialah pembantu Jody Morris dan jurulatih kecergasan Chris Jones.

Spekulasi kepulangan Lampard ke Chelsea pada mulanya diterima oleh penyokong kelab itu atas dasar sentimental mereka kepada bekas pemain itu.

Selain itu, prestasi menyakinkan yang ditunjukkan semasa mengendalikan Derby County sehingga berjaya membimbing pasukan itu ke perlawanan akhir EFL Championship Play-off pastinya menjadi sebab mengapa Chelsea mahukan beliau kembali.

Lampard turut diberi jaminan oleh pihak atasan Chelsea untuk diberikan masa yang cukup bagi membentuk pasukan dan tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan sekiranya beliau gagal mencapai sasaran yang diberikan.

Hal ini bersesuaian dengan kapasiti Lampard sebagai pengurus yang belum cukup lagi pengalamannya. Malah, beliau juga mahu menggunakan akademi Chelsea dengan sebaiknya.

Chelsea yang kini berhadapan dengan isu sekatan perpindahan pemain turut memaksa Lampard untuk menggunakan pemain yang sedia ada sahaja untuk saingan musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN