Frank Lampard: Pemain Saya Kurang Karakter, Perlu Ada Perubahan

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard nyata kecewa melihat aksi ditampilkan anak buahnya ketika The Blues tumbang 1-3 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 menentang Arsenal di Emirates Stadium, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan itu, pengendali berusia 42 tahun tersebut merancang untuk melakukan rombakan terhadap barisan kesebelasan utamanya pada perlawanan seterusnya bertemu Aston Villa di Stamford Bridge.

Chelsea yang mengalami kekalahan keempat musim ini berada di tangga kelapan liga selepas mengumpul 25 mata setelah mengharungi 15 perlawanan. Permulaan yang boleh dikatakan tidak begitu baik selepas mereka berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas tempoh hari.

”Saya melihat, separuh masa pertama [bertemu Arsenal] merupakan persembahan terburuk yang kami pamerkan pada musim ini,” ujar Lampard menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Pemain kami kelihatan kekurangan tenaga. Kami tewas tiga perlawanan pada empat aksi terakhir dan hanya menang satu perlawanan. Jadi ia memerlukan tindak balas berhubung masalah ini.”

”Mereka kekurangan karakter dan pemain sedar tentang perkara itu. Pada separuh masa pertama kami kekurangannya. Babak kedua tampil dengan lebih baik dan ada beberapa pemain yang perlu diberikan kredit dengan aksi mereka pada separuh masa kedua.”

”Saya tidak akan memukul rata setiap pemain. Tetapi hari ini kami melakukannya dan bola sepak akan menghukum anda sekiranya anda tidak menguasai asas dalam permainan anda.”

”Akan ada perubahan dilakukan. Saya mendedahkan perkara bukan untuk memenangi hati peminat selepas aksi buruk ditampilkan. Itu bukanlah kuncinya. Kami bermain dua perlawanan dalam masa dua hari dan perubuahan pasti akan berlaku.”

”Sesetengah perubahan berlaku kerana perlawanan sebelum ini dan akan ada pemain lain yang menggantikan untuk menyuntik tenaga dan personaliti buat pasukan,” tambah Lampard lagi.

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Frank Lampard:

Frank Lampard: Status Sebagai Legenda Kelab Tak Buatkan Saya Kebal Dari Kecaman

Frank Lampard: Kerja Keras Dorong Peningkatan Prestasi Kurt Zouma

Frank Lampard: Saya Pun Tak Mampu Beraksi Seperti Thiago Silva Pada Usia 36 Tahun

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply